Modul Silang Kata Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah

modul silang kata

Modul Silang Kata Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah ini menghimpunkan perkataan-perkataan setaraf dengan tahap murid Sekolah Rendah untuk dijadikan sebagai aktiviti semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan.

Silang kata merupakan salah satu cara untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan dan pada masa yang sama dapat memberikan pelbagai manfaat kepada para pelajar.

Manfaat bermain Teka Silang Kata

  1. Kebanyakkan permainan silang kata akan dibahagikan mengikut tema. Misalnya, tema haiwan, semua perkataan di dalam silang kata tersebut adalah berkenaan dengan haiwan. Perkara ini akan memudahkan para pelajar mengingati perkataan baru yang berkaitan dengan tema.
  2. Di dalam permainan silang kata, pelajar dikehendaki untuk mengeja sesuatu perkataan secara satu per satu dan perkara ini dapat meningkatkan kemahiran mengeja mereka. Lama kelamaan, mereka akan dapat memahami corak perkataan samada di dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.
  3. Bermain silang kata akan dapat menambahkan kosa kata. Contohnya, pelajar sedang melakukan silang kata untuk tema makanan, pastinya akan terdapat perkataan yang baru. Permainan silang kata dalam bahasa inggeris juga membantu pelajar dalam mendapatkan pelbagai kosa kata yang baru.

Dapatkan “Modul Silang Kata Sesuai untuk Murid Sekolah Rendah” di sini


Di sini kami kongsikan bahan yang dapat membantu para ibu bapa mengisi masa lapang bersama dengan anak-anak semasa berada di rumah. Masa lapang perlulah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat seperti melakukan aktiviti menggunakan modul silang kata ini pada masa yang sama dapat menambahkan perbendaharaan kata Bahasa Melayu anak-anak. Sumber bahan daripada Cikgu KathleenG.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : MODUL SILANG KATA

Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Silang Kata ini akan dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan juga agar modul ini dapat mendatangkan faedah kepada pelajar dalam penguasaan kosa kata dalam bahasa melayu.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang lain. Antaranya ialah:

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan seperti yang dikongsikan, serta informasi mengenai jawatan kosong kerajaan, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.