Tahun 2020 sudahpun melabuhkan tirainya. Tarikh Pembayaran Gaji 2021, Tahun 2021 kini yang akan kita semua hadapi. Tarikh Pembayaran Gaji untuk bulan Disember 2020 sudahpun dibayar awal sebelum Perayaan Hari Krismas. Awal kan. Untuk tarikh dan jadual pembayaran gaji bagi tahun 2021 Pastinya ada di antara rakan-rakan penjawat awam yang mulai tertanya-tanya “eh, gaji bulan depan masuk berapa haribulan ya?”.
Tarikh Pembayaran Gaji 2021
Tarikh pembayaran gaji untuk kakitangan awam setiap bulan akan dibayar pada hujung bulan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap penjawat awam. Jika sebelum-sebelum ini, kita boleh melihat situasinya jika ada perayaan maka pembayaran gaji dibayar awal juga. Untuk tahun 2021 ini juga masih mengikuti situasi tersebut.
Bagi semua penjawat awam yang tertanya-tanya dengan tarikh bayaran gaji untuk tahun 2021. Disini penulis ingin kongsikan maklumat Tarikh pembayaran emolumen atau pembayaran gaji bagi tahun 2021 berdasarkan dari Jadual Rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2021
Jadual di atas memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari serta catatan nama atau hari perayaan untuk setiap bulan (jika ada). Setiap kali adanya perayaan, tarikh pembayaran gaji diawalkan. Awal gaji bukan bermakna anda sebagai penjawat awam berbelanja sewenang-wenangnya ya(peringatan mesra ya).
Pesanan mesra dari penulis untuk pembaca terutamanya semua penjawat awam. Setiap kali terima duit gaji, jangan lupa berbelanja dengan penuh berhemah. Utamakan keperluan yang lebih utama dan jangan lupa menabung ya. Ingat, menabung itu amalan mulia. Tidak mengapa jika menabung sikit-sikit dari gaji anda setiap bulan. Kelak ianya berguna disaat-saat anda memerlukan wang.
Walaubagaimanapun, jadual dan tarikh pembayaran gaji ini tertakluk kepada Pindaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM). Diharapkan dengan perkongsian maklumat ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca terutamanya kakitangan awam.
Sekiranya anda ingin merujuk sendiri maklumat penuh mengenai Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2021 ini, anda bolehlah melayari laman JANM di pautan ini Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan rancanglah perbelanjaan anda dengan sebaik mungkin.