Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official iBita: Bantuan Melanjutkan Pengajian ke IPT Seluruh Malaysia 2020

8e5383dc 940f 4993 af70 29794bba49c5 3
Official iBita: Bantuan Melanjutkan Pengajian ke IPT Seluruh Malaysia 2020 2

iBita: Bantuan Melanjutkan Pengajian ke IPT Seluruh Malaysia ini bersumberkan eCentral.

Perhatian bagi bakal pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda boleh memohon bantuan iBita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

iBita adalah sebuah sistem atas talian Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tempoh Permohonan iBita

Permohonan bantuan iBita ini akan dibuka mulai 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

Syarat-syarat iBita Permohonan Bantuan Pelajar Ke IPT

Syarat-syarat permohonan Bantuan Pelajar ke IPT oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang (iBita) adalah seperti berikut:

  • Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00.
  • Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  • Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.
  • Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi / Matrikulasi adalah tidak layak memohon.

iBita Senarai Nama IPT / Kolej Yang Boleh Memohon

i. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

  1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
  17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

ii. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

  1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
  2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
  3. UNIVERSITI AIMST (AIMST)
  4. KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
  5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
  6. MSU COLLEGE PENANG

iii. Politeknik

  1. POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
  2. POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
  3. POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
  4. POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
  5. POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
  6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
  9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
  11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
  12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
  13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
  16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
  18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
  19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
  21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  26. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
  27. POLITEKNIK JELI (PJK)
  28. POLITEKNIK NILAI (PNS)
  29. POLITEKNIK BANTING (PBS)
  30. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
  31. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
  32. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
  33. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  34. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
  35. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
  36. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)

Jumlah Bantuan iBITA

Jumlah bantuan (berbentuk cek) akan diterima oleh pemohon adalah seperti nilai yang berikut:

  1. Universiti di Semenanjung = RM1,000.00 ;
  2. Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
  3. Politeknik Malaysia = RM300.00

Cara Permohonan Bantuan iBita

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan Bantuan iBita.

1. Layari Laman Web iBita

Layari laman web berikut: https://ibita.penang.gov.my/

2. Lengkapkan Borang Permohonan Online

Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian.

3. Hantar Borang Manual & Dokumen Sokongan Ke PDT

Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.

4. Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA :

  1. Salinan surat tawaran ke IPT.
  2. Slip bayaran yuran pendaftaran IPT.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga.
  5. Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Persara/ borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan).
  6. Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.
    *Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.

NOTA:

  1. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.
  2. Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  3. Pemohon boleh terdiri daripada pelajar, ibu, bapa, penjaga.
  4. Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad.
  5. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  6. Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia seperti yang disenaraikan di atas sahaja yang layak memohon.

5. Semakan Status Permohonan
Pemohon boleh memuat turun Perkhidmatan Aplikasi Mudah Alih PgGOV iBITA di Google Playstore atau IOS.

Semakan status permohonan adalah selama satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup.

Kemukakan nombor kad pengenalan pemohon untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat butiran mengenai permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah yang memproses borang permohonan mengikut daerah masing-masing di portal IBITA:

1. Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya
E-mel: [email protected]
Telefon: 04-8689424 / 04-8689431/432

2. Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut Pulau Pinang
E-mel: [email protected]
Telefon: 04-6505533 / 04-6505528

3. Pejabat Daerah Dan Seberang Perai Utara,
E-mel: [email protected]
Telefon: 04-5776505/ 04-5776515/ 04-5759963

4. Pejabat Daerah & Tanah,Seberang Perai Selatan
E-mel: [email protected]
Telefon: 04-5857814 / 04-5857821

5. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah
E-mel: [email protected]
Telefon: 04-5488818 / 04-5488814

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu iBita: Bantuan Melanjutkan Pengajian ke IPT Seluruh Malaysia memberikan informasi terkini kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati