Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Skim Perkhidmatan dalam Perjawatan Awam Effective 2016

Perjawatan Awam
Perjawatan Awam

Maksud Setiap Skim Perkhidmatan dalam Perjawatan Awam ini adalah informasi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Perjawatan Awam

Tahukah anda terdapat 7 skim perkhidmatan dalam perjawatan awam di Malaysia iaitu seperti berikut:

  1. Skim Perkhidmatan Bersepadu
  2. Skim Perkhidmatan Adhoc
  3. Skim Perkhidmatan Jumud
  4. Kumpulan Perkhidmatan
  5. Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  6. Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  7. Kumpulan Pelaksana

Namun, tahukah anda maksud dan pentakrifan setiap skim ini? Baiklah, berikut dikongsian takrifan setiap terma skim perkhidmatan ini.

SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU

68a99889 7866 4615 aff9 0304c0da49db 8
Skim Perkhidmatan dalam Perjawatan Awam Effective 2016 3

Skim perkhidmatan yang menggabungkan Kumpulan Perkhidmatan yang lebih rendah dengan Kumpulan Perkhidmatan yang lebih tinggi, contohnya kelompok Kumpulan Sokongan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kumpulan Sokongan berkelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau diploma dengan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

SKIM PERKHIDMATAN ‘AD-HOC’

Skim Perkhidmatan ‘Ad-Hoc’ ialah skim perkhidmatan sementara yang mempunyai syarat-syarat perkhidmatan seperti dalam skim perkhidmatan biasa tetapi dilaksanakan untuk tujuan sementara sahaja. Antara contoh skim perkhidmatan “ad-hoc” ialah rang skim perkhidmatan, draf iklan, syarat-syarat pengesahan dalam jawatan dan sebagainya.

SKIM PERKHIDMATAN JUMUD

Skim perkhidmatan yang fungsi perkhidmatannya tidak diperlukan lagi berikutan pengambilalihan skop fungsinya oleh perkhidmatan lain atau diasingkan saraannya daripada perkhidmatan awam.

KUMPULAN PERKHIDMATAN

Kumpulan Perkhidmatan adalah kelompok perkhidmatan yang disusun mengikut keutamaan peranan, prinsip-prinsip kumpulan gaji dan kelayakan akademik yang ditetapkan sebagai syarat kelayakan masuk.

Di bawah pelaksanaan SSB dan seterusnya SSM, struktur perkhidmatan sektor awam dibahagikan kepada tiga (3) Kumpulan Perkhidmatan iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan.

KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

Kumpulan Perkhidmatan berbentuk kenaikan pangkat daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi jawatan-jawatan strategik. Ia terdiri daripada Gred Jawatan Utama C dan ke atas.

KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL

Kumpulan Perkhidmatan yang terdiri daripada skim perkhidmatan yang memperuntuk syarat kelayakan masuk sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau kelayakan-kelayakan lain yang lebih tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

KUMPULAN PELAKSANA

Kumpulan Perkhidmatan yang terdiri daripada skim-skim perkhidmatan memperuntuk syarat kelayakan masuk peringkat diploma dan ke bawah yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Maksud Setiap Skim Perkhidmatan dalam Perjawatan Awam memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati