Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cikgu Izzul Banggakan Semua Guru di Malaysia Jadi Gol Keeper Utama ke Piala Dunia 2021

Cikgu Izzul Banggakan Semua Guru di Malaysia Jadi Gol Keeper Utama ke Piala Dunia 2021
Cikgu Izzul Banggakan Semua Guru di Malaysia Jadi Gol Keeper Utama ke Piala Dunia 2021

Foto: Utusan Borneo

Cikgu Izzul Banggakan Semua Guru di Malaysia Jadi Gol Keeper Utama ke Piala Dunia 2021. Mohd Izzul Imran, 31, merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan sukan yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Sandakan.

Cikgu Izzul Banggakan Semua Guru di Malaysia Jadi Gol Keeper Utama ke Piala Dunia 2021

Layak ke Piala Dunia 2021

Skuad FIFA ProClub Malaysia mengejutkan Emeriah Arab Bersatu di pentas final apabila menewaskan pasukan dari Timur Tengah itu dengan keputusan  2 – 0 dan merangkul Kejuaraan Piala Asia 2020 seterusnya melayakkan diri ke Kejohanan Piala Dunia 2020.

Kejohanan Piala Asia 2020 ini merupakan kesinambungan kepada Piala Sea Nation yang diadakan pada Mei lalu.

Di Piala Sea Nation, Malaysia muncul Juara menewaskan jiran negara kita iaitu Singapura di perlawanan akhir. Piala Sea Nation disertai lapan buah negara Asia Tenggara, Thailand, Brunei, Myanmar, Vietnam dan Filipina.

image 94
Cikgu Izzul Banggakan Semua Guru di Malaysia Jadi Gol Keeper Utama ke Piala Dunia 2021 4

Di kempen Piala Asia 2020 yang berlangsung pada 4 Julai hingga 1 Ogos telah membawa tuah kepada pasukan negara kerana berjaya menewaskan nama-nama besar dalam sukan FIFA Proclub ini seterusnya merangkul kejuaraan.

Cikgu Izzul Imran

image 93
Cikgu Izzul Banggakan Semua Guru di Malaysia Jadi Gol Keeper Utama ke Piala Dunia 2021

Mohd Izzul Imran Mohd Johari atau lebih dikenali izzul77, merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan sukan yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Sandakan. Beliau merupakan atlet tunggal negeri Sabah melahirkan syukur kerana berjaya mengharumkan nama negara secara khususnya dan nama Negeri Sabah secara amnya.

Beliau berkata, jika dengan suntikan semangat dan bantuan daripada Kerajaan Negeri Sabah, tidak mustahil Sabah boleh menghasilkan atlet-atlet sukan elektronik ini dalam jangka masa yang singkat.

“Kita sedia maklum bahawa sukan elektronik sudah mendominasi di peringkat global. Apatah lagi Sukan Sea juga sudah menawarkan beberapa sukan elektronik. Sebagai seorang guru juga, beliau akan bertanggungjawab mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang ini.

“Ibu bapa haruslah memberi galakan kepada anak-anak kerana siapa tahu bakat sebenar anak ada di bidang ini. Sukan elektronik bukanlah sesuatu yang memudaratkan jika kita pandai mengawal jadual dan rutin,” katanya.

Beliau berkata, disiplin, ketekunan, kreativiti dan semangat tidak pernah kalah perlu ditanamkan dalam diri setiap atlit.

Izzul berkata, sukan elektronik atau dikenali sebagai ‘esport’ adalah satu sukan yang dipertandingkan menggunakan permainan video.

“Tidak seperti sukan lain yang memerlukan tempat yang khusus atau kawasan yang besar, sukan esport menggunakan platform permainan video seperti komputer, konsol, telefon pintar dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau menjelaskan pandangan umum tentang esport ini banyak menjurus kepada perkara negatif. Sebaliknya sukan esport sama seperti sukan tradisional yang memerlukan keupayaan mental dan fizikal.

“Faktor disiplin pemain juga menjadi keutamaan untuk menjadi atlet sukan esport yang berjaya,” katanya.

FIFA PROCLUB

Proclub ialah salah satu mod permainan yang disajikan oleh permainan siri FIFA daripada EA SPORT. Mod permainan ini telah diperkenalkan pada tahun 2008 pada siri FIFA 09 sehingga sekarang. Jumlah pemain mod ini bertambah saban tahun.

Di Malaysia sahaja, mod ini mula bertapak seawal 2014 iaitu di FIFA15 dan sehingga sekarang jumlah pemain mod ini mencecah lebih 6000 pemain.

Proclub dimainkan diatas talian yang memerlukan capaian internet yang stabil untuk menyambungkan ke 11 pemain dan bermain menentang 11 pemain yang lain.

Mod ini membolehkan seseorang mencipta pemain maya sendiri mengikut posisi pemain berkenaan. Seorang pemain hanya boleh mengawal pemainnya sendiri dan bertindak mengikut posisi masing-masing mirip permainan bola sepak sebenar.

Pemain maya akan berkembang dari semasa ke semasa berdasarkan penilaian akhir sesebuah perlawanan.

Penutup

Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Cikgu Izzul Banggakan Semua Guru di Malaysia Jadi Gol Keeper Utama ke Piala Dunia 2021 memberikan informasi terkini kepada anda semua.  Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

Sumber: Utusan Borneo

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati