Sebaran terbaru tawaran jawatan UIAM Oktober 2024. Jawatan kosong ini adalah tawaran terbaru di bawah sektor awam yang kini dibuka dan boleh dibuat permohonan oleh rakyat Malaysia pada bulan Oktober ini. Bagi para calon yang berminat mengisis kekosongan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) anda boleh rujuk info penuh dibawah.
Makluman Jawatan UIAM Oktober 2024
Isi Kandungan
Perkongsian jawatan kosong ini adalah untuk jawatan minima SPM dengan taraf kontrak. Berikut adalah senarai jawatan kosong UIAM yang dibuka pada bulan Oktober 2024:
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N19)
Maklumat Jawatan UIAM Oktober 2024
Berikut merupakan maklumat jawatan yang dibuka pada bulan ini:
Maklumat | Penerangan |
---|---|
Taraf Jawatan | Kontrak |
Kelayakan Akademik | SPM |
Penempatan | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
Tarikh Permohonan Jawatan
Berdasarkan pada iklan yang disiarkan, jawatan UIAM Oktober 2024 dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada 31 Oktober 2024. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Syarat Kelayakan Jawatan UIAM Oktober 2024
Berikut adalah merupakan senarai syarat kelayakan bagi jawatan UIAM Oktober 2024:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint).
- Mempunyai motivasi yang tinggi dan berdisiplin, berfikiran terbuka, sikap positif dan personaliti yang menyenangkan.
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
- Pengetahuan asas dalam IT.
- Pengetahuan dalam Sistem Meja Perkhidmatan adalah Kelebihan.
- Mampu bekerja dalam pasukan, komited dan berdedikasi untuk bekerja.
- Mampu bekerja secara bebas dalam persekitaran pantas.
- Bertenaga dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
- Semua calon mestilah mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya C) bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk peperiksaan lisan) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kepada anda yang berminat digalakkan untuk merujuk maklumat terperinci di laman web rasmi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi memastikan mereka memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.
Semak Iklan Jawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Oktober 2024
Calon yang berminat boleh merujuk lebih lanjut mengenai maklumat permohonan melalui laman web rasmi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pastikan calon menyemak maklumat penuh berkaitan tawaran jawatan kosong melalui iklan rasmi yang disediakan:
Selepas mengetahui maklumat lengkap mengenai jawatan, para calon boleh mengemukakan permohonan jawatan UIAM Oktober 2024 dengan segera.
Cara Permohonan Jawatan UIAM Oktober 2024
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) :
- Layari laman web UIAM.
- Semak iklan paparan jawatan kosong yang dibuka Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Buat permohonan dengan klik “IIUM Recruitment”.
- Log masuk atau daftar akaun baharu bagi kali pertama.
- Isi segala maklumat butiran diri serta maklumat akademik dan berkaitan.
- Sahkan permohonan kerja anda.
Selepas anda melalui langkah-langkah tersebut, bagi urusan pengambilan jawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bulan Oktober ini, perlu dimohon sebelum tarikh tutup. Selepas tarikh tutup, calon yang berjaya akan dipanggil untuk hadiri temuduga seperti kebiasaan.