Rujukan Jadual Gaji Gred M SSPA. Dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan dan motivasi kakitangan, adalah penting untuk memahami struktur gaji terkini bagi Gred M di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2024.
Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (T&D) memainkan peranan penting dalam pentadbiran kerajaan, memberikan sokongan kepada dasar-dasar dan pelaksanaan yang berkesan di semua peringkat. Skim perkhidmatan ini melibatkan pelbagai jawatan yang meliputi tanggungjawab dalam urusan diplomatik, pentadbiran awam, dan pengurusan strategik. Semak juga jadual gaji gred L.
Senarai Skim Perkhidmatan Gred M SSPA Terkini dan Pemindahan Gred Bagi Skim Perkhidmatan Gred M Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik
Isi Kandungan
Berikut adalah jadual yang menunjukkan perbandingan antara skim perkhidmatan SSM dan SSPA untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dalam Gred M:
Skim Perkhidmatan | Gred SSM | Gred SSPA |
---|---|---|
Pegawai Tadbir dan Diplomatik | Gred M41, M44, M48, M52, M54 | Gred M9, M10, M12, M13, M14 |
Dengan perubahan ini, kakitangan dalam perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dapat merujuk kepada jadual ini untuk memahami struktur gaji yang akan dikuatkuasakan dan menilai bagaimana gaji mereka akan diselaraskan dalam sistem SSPA.
Jadual Gaji Gred M SSPA Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaji minimum dan maksimum bagi Gred M dalam sektor tadbir dan diplomatik, anda boleh merujuk jadual yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Rujuk jadual gaji gred M SSPA minimum dan maksimum dibawah:
Jadual Gaji Gred M SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional:
Gred Gaji | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar KGT (RM) | Kadar KGM (RM) |
---|---|---|---|---|
15 | 7,030.00 | 16,350.00 | 400.00 | 374.25 |
14 | 6,560.00 | 15,360.00 | 320.00 | 362.13 |
13 | 6,210.00 | 14,370.00 | 290.00 | 339.96 |
13P | 4,430.00 | 13,640.00 | 280.00 | 322.17 |
12 | 5,530.00 | 13,540.00 | 270.00 | 320.25 |
11 | 3,320.00 | 12,760.00 | 255.00 | 302.25 |
10 | 3,840.00 | 12,150.00 | 250.00 | 286.80 |
9 | 2,250.00 | 11,110.00 | 225.00 | 262.68 |
Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang menerima kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) lebih tinggi daripada kadar KGT yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan terus menggunakan kadar KGT tersebut di bawah skim Khas Untuk Penyandang (KUP).
Jadual Gaji Gred M SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pelaksana:
Gred Gaji | Gaji Minimum (RM) | Gaji Maksimum (RM) | Kadar KGT (RM) | Kadar KGM (RM) |
---|---|---|---|---|
8 | 5,390.00 | 10,590.00 | 225.00 | 249.18 |
7 | 3,810.00 | 9,290.00 | 180.00 | 218.70 |
6 | 3,080.00 | 8,560.00 | 155.00 | 206.55 |
5 | 1,650.00 | 6,620.00 | 145.00 | 155.19 |
4 | 2,930.00 | 6,410.00 | 130.00 | 152.76 |
3 | 2,790.00 | 6,090.00 | 125.00 | 143.76 |
2 | 2,220.00 | 5,770.00 | 115.00 | 136.02 |
1 | 1,500.00 | 4,680.00 | 100.00 | 109.56 |
Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Sila rujuk info lanjut pekeliling SSPA yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).