Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Rasmi Maulidur Rasul 2024 Serta Sejarah dan Tujuan Sambutannya

Biodata Dr. Zaliha Binti Mustafa sistemguruonline.my 20240108 172431 0000 11zon 1
Tarikh Rasmi Maulidur Rasul 2024 Serta Sejarah dan Tujuan Sambutannya 5

Bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW, Umat islam di seluruh dunia akan mengadakan pelbagai majlis sambutan Maulidur Rasul 2024 seperti acara perarakan, ceramah, dan sebagainya. Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu medium untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW dan ianya merupakan antara amalan yang diterima sebagai salah satu usaha untuk mencintai baginda.

Umumnya penyertaan di dalam acara perayaan ini dilihat sebagai satu kebangkitan dalam beragama dan ekspresi sebuah keimanan dalam diri penganutnya. Allah SWT mengurniakan banyak kelebihan dan keistimewaan bagi mereka yang menghadiri serta mengadakan majlis Maulidur Rasul. Namun, tidak dinafikan masih ada sebahagian pihak yang tidak faham dan mempertikaikan usaha tersebut dan melabelkannya sebagai suatu bidaah. Oleh itu, marilah sama-sama kita meneliti apakah makna sebenar maulidur rasul itu sendiri.

Penerangan Mengenai Maulidur Rasul 2024

gradient mawlid al nabi background 23 2149649865
Tarikh Rasmi Maulidur Rasul 2024 Serta Sejarah dan Tujuan Sambutannya 6

Apakah Itu Maulidur Rasul?

Maulidur Rasul atau lebih dikenali sebagai Maulud Nabi Muhammad SAW adalah merupakan hari keputeraan nabi yang terakhir diutus oleh Allah SWT di dalam islam iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. Asal perkataan maulid ialah berasal daripada bahasa arab iaitu ولد (wa-la-da) , yang membawa maksud “lahir” atau “zuriat” . Perkataan ini juga dirujuk sebagai sambutan Maulidur Rasul dalam konteks kontemporari.

Di Malaysia khususnya , Maulidur Rasul dikenali sebagai Maulud Nabi. Dan sebagai kebiasaan, orang Islam di Malaysia menyambut Maulud Nabi dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti contoh perarakan, ceramah agama serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tarikh Rasmi Maulidur Rasul 2024

Maulidur Rasul adalah merupakan cuti kebangsaan untuk semua negeri di dalam Malaysia. Ianya juga disebut sebagai Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW serta dilihat semasa Rabi ‘al-awwal, iaitu bulan ketiga di dalam kalendar Islam.

TAHUNTARIKH
202416 September (Isnin)
Tarikh Hari Maulidur Rasul Bagi tahun 2024.

Bagi tarikh tahun-tahun sebelumnya pula ialah :

TAHUNTARIKH
202328 September (Khamis)
20229 Oktober (Ahad)
202119 Oktober (Selasa)
202029 Oktober (Khamis)

Sejarah Maulidur Rasul

Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sekitar tahun 570 (masihi). Baginda pula telah dibesarkan oleh bapa saudaranya selepas Ibu Bapanya telah meninggal dunia semasa kecil. Permulaan kehidupan Nabi Muhammad SAW dimulai dengan menceburi dalam bidang penggembalaan dan perdagangan.

Selepas itu, Baginda mula berdakwah sekitar umur baginda 40 tahun. Nabi Muhammad SAW sendiri dan pengikut-pengikutnya yang berjumlah hampir sekitar sepuluh ribu orang telah berjaya menguasai kota Mekah. Di pengakhiran kewafatan baginda yang mulia adalah pada tahun 632 masihi akibat keuzuran selepas menyatukan Tanah-tanah Arab menjadi sebuah entiti Muslim yang tunggal.

Bermula sejak zaman awal Islam sudah terdapat sejarah sambutan Maulidur Rasul yang mana telah diadakan penganjuran nyanyian syair dan lagu terhadap Rasulullah SAW oleh sebilangan para Tabi’in. Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M). adalah penguasa Islam yang pertama diduga menyambut Maulidur Rasul secara rasminya.

FB IMG 1704704811631

Sambutan Maulidur Rasul 2024 dan Teks Selawat Ke Atas Nabi

Tujuan Sambutan Maulidur Rasul

Terdapat beberapa pendapat yang mempertikaikan perayaan sambutan Maulidur Rasul dan menyebutnya sebagai bidaah (inovasi dalam agama) walaupun sambutan tersebut dilihat sebagai salah satu cara untuk menghormati dan mengenang perjuangan baginda SAW ketika susah payah baginda dalam berdakwah untuk mengajak umat supaya beriman kepada Allah SWT. Namun, penulis disini berpendapat sederhana dengan menurut pandangan Imam Al-Syafii, jika perayaan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran, Sunnah, pandangan ulama salaf, dan kesepakatan umat Islam, maka tidak dianggap sebagai bidaah yang salah.

Secara ringkasnya, sambutan tersebut memiliki beberapa tujuan untuk dicapai oleh seluruh umat Islam di dunia, termasuklah menghayati ajaran dan teladan Baginda dalam beragama seperti aspek ibadah, akhlak, dakwah, cinta dan kasih sayang terhadap sahabat dan umatnya. Tidak dilupa juga, bagi memantapkan keyakinan dan kecintaan akan Baginda Rasulullah SAW.

Akhir kalam, umat Islam di seluruh dunia dapat merayakan sambutan ini sebagai suatu bentuk penghormatan kepada baginda Nabi Muhammad SAW selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Teks Selawat Maulidur Rasul

फ़ोटो के बारे में कोई जानकारी नहीं दी गई है.

Soalan FAQs Berkenaan Maulidur Rasul 2024

Bilakah sambutan hari maulidur rasul dibuat pertama kali?

sambutan hari maulidur rasul diduga dibuat pertama kali secara rasmi pada 1588m oleh Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M) dikenali sebagai, Mevlid Kandil.

Kenapa hari maulidur rasul disambut?

sebagai suatu tanda memperingati perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW.

Apakah kepentingan hari maulidur rasul?

Bagi menghayati kembali keagungan insan yang mulia Rasulullah SAW dalam membebaskan manusia daripada akidah yang menyesatkan

Apakah dilakukan semasa maulidur rasul?

Seperti contoh perarakan sambil berselawat ke atas nabi, Majlis bacaan al-quran, ceramah agama, majlis berselawat.

Bagaimana masyarakat Malaysia sambut hari maulidur rasul?

Aktiviti paling popular masyarakat di Malaysia khususnya menyambut perayaan Maulidur Rasul adalah dengan perarakan sambil berselawat dan Majlis Bacaan/Hafazan Al-Quran.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati