Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Petua Atasi Masalah Gastrik Ketika Berpuasa Dan Hukum Berbuka Puasa Akibat Gastrik

1705202033413

Bulan Ramadan yang mulia amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Oleh kerana itu, gastrik ketika berpuasa kadangkala menjadi kebimbangan terhadap pesakitnya kerana takut terganggu sepanjang melaksanakan ibadah tersebut.

Dengan itu, mari ikuti tips yang admin ingin kongsikan untuk atasi masalah gastrik ketika berpuasa agar tidak mengganggu ibadah kita.

Apakah Sebenarnya Gastrik Ketika Berpuasa ?

Gastrik ataupun nama saintifiknya gastritis ialah keradangan yang terjadi pada lapisan dalam perut. Ia juga boleh diklasifikasikan akut yang boleh terjadi secara mengejut dan dalam tempoh masa yang singkat ataupun kronik dalam tempoh masa yang lama. Dalam kes ini, lapisan perut akan merasa tindak balas badan terhadap jangkitan ataupun bahagian yang boleh merengsa bahagian badan iaitu dipanggil keradangan dan akan ada beberapa bahan kimia yang keluar dari sel darah putih akibat keradangan tersebut dipanggil bradykinin, serotonin dan prostaglandin.

Hasil daripada tindak balas tersebut, beberapa bahagian akan merasa kesannya seperti bengkak, merah, panas dan lebih teruk lagi boleh kehilangan fungsi. Kadangkala mekanisme perlindungan itu sendiri boleh mendatangkan bahaya kepada diri sehingga menyebabkan pembentukan ulser pada perut walaupun ianya tindak balas yang bertujuan melindungi badan dari jangkitan dan bahan yang merbahaya.

Puasa Bukanlah Punca Utama Gastrik

Tanggapan kebanyakan orang tentang puasa adalah punca utama asid gastrik meningkat semasa perut kosong sehingga menghalang penghidapnya daripada melaksanakan ibadah tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Hal ini kerana, semasa berpuasa rembesan asid gastrik dalam badan akan berkurangan disebabkan ketika itu sistem penghadaman sedang berehat. Sebaliknya pula, gejala gastrik ataupun gastritis yang dihadapi sepanjang melakukan ibadah puasa lebih kepada tabiat pemakanan seseorang itu yang tidak dikawal dan teratur terutamanya semasa berbuka puasa.

Tanda-Tanda Berlaku Gastrik Ketika Berpuasa

Ada beberapa tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan masalah gastrik ketika berpuasa melibatkan gejala pada sistem pencernaan. Antaranya :

  • Mengalami rasa sakit atau ketidaknyamanan di bahagian atas perut.
  • Mengalami gejala mual atau muntah-muntah (terutama selepas makan).
  • Mengalami masalah pencernaan ataupun perut kembung
  • Sakit perut yang berlebihan selepas makan.
  • Mengalami perubahan nafsu makan.
  • Sesak nafas ataupun senak di bahagian perut.
  • Sering bersendawa
  • Hilang berat badan.

Jika individu tersebut mengalami gejala yang tertera seperti di atas secara kerap ataupun intens ketika sendang berpuasa, maka sangat penting untuk memeriksa dengan doktor pakar. Dengan diagnosis yang tepat dan cara menanggani yang sesuai amatlah membantu untuk atasi masalah gastrik agar dapat memastikan berpuasa dengan lebih selesa.

1705202033481

Petua Elak Masalah Gastrik Ketika Berpuasa Paling Mujarab

Walaupun mempunyai sakit gastrik, anda juga boleh berpuasa seperti orang lain dengan mengikuti 5 petua di bawah ini agar dapat mengelak terjadinya gastrik ketika berpuasa.

NO.Tips Elak Gastrik Ketika BerpuasaSenarai
1.Makanan dan minuman yang perlu dielakkanbergoreng, berempah, pedas, berminyak, makanan tin, makanan berasid tinggi, minimuan bergas dan berkafein.
2.Semasa berbukamakan dalam kuantiti yang sederhana, jarakkan pengambilan makanan
3.Semasa bersahurlewatkan waktu sahur, minum susu atau jus buah buahan, elakkan tidur selepas waktu subuh
4.Banyakkan minum air kosongmengikuti saranan KKM minum air 8 gelas sehari
5.Sedia ‘First Aid’ untuk gastrikambil ubat ikut preskripsi doktor
Jadual petua elak gastrik semasa berpuasa
1705202033449

Cadangan Makanan Untuk Pesakit Gastrik

Bapi pesakit gastrik pemilihan dan tabiat pemakanan amatlah penting agar dapat mengelak daripada merangsang serangan gastrik lebih lagi ketika sedang berpuasa.

Oleh itu, admin mencadangkan untuk mengkonsumsi makanan seperti di bawah mengikut saranan pakar :

  • Makanan yang tinggi fiber. Contoh seperti epal, oat, lobak merah dan brokoli.
  • Makanan yang rendah lemak. Contoh seperti ikan dan ayam.
  • Makanan yang mempunyai asid rendah atau berakali tinggi seperti sayur.
  • Makanan yang mengandungi probiotik. Contoh seperti tempe dan yogurt.
  • Memperbanyak minum air kosong mengikut saranan KKM.
minum air kosong
Tips minum 8 gelas air kosong dari KKM

Jika masih juga terdapat simptom-simptom gastrik seperti yang disebut di atas selepas mengamalkan diet dan tabiat pemakanan yang betul, maka anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana anda mungkin memerlukan ubat-ubatan yang boleh mengawal asid di dalam perut anda.

HAD SAKIT YANG DIHARUSKAN BERBUKA PUASA
Petua Atasi Masalah Gastrik Ketika Berpuasa Dan Hukum Berbuka Puasa Akibat Gastrik 6

Hukum Berbuka Puasa Kerana Sakit Perut (Gastrik)

Melalui rujukan daripada mufti Wilayah Persekutuan, had sakit yang dibenarkan untuk kita berbuka puasa adalah apabila pesakit tersebut menghidapi penyakit yang akan bertambah kesakitan terhadapnya sehingga membawa kepada kesukaran dan kemudaratan jika dirinya meneruskan berpuasa. Jika dalam keadaan tertera , maka diwajibkan baginya untuk berbuka puasa dengan mengambil kira pendapat doktor yang pakar sebagai pemberat sama ada perlu berbuka atau tidak. Sebaliknya pula jika sakit yang dialami hanyalah sakit yang ringan dan tidak memberi kesan yang besar jika teruskan puasa, maka dia diwajibkan untuk berpuasa dan tidak harus bagi individu tersebut untuk berbuka.

Jika berlaku gastrik ketika berpuasa dengan kadar yang teruk sehingga memberi kemudaratan jika diteruskan maka wajib bagi dirinya untuk berbuka puasa. Sebaliknya pula, jika ianya hanyalah memberi sakit yang ringan, maka ia diwajibkan untuk meneruskan ibadah puasa khusunya pada bulan Ramadan.

Sebagai kesimpulan, berpuasa pada bulan Ramadan adalah perkara yang diwajibkan di dalam Islam. Oleh itu, dengan tips dan petua di atas dapatlah menjadi rujukan umum kepada semua kerana admin berharap untuk kita sama-sama menjaga kesihatan agar dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam dengan lancar dan tenang.

Soalan FAQs Berkaitan Gastrik

Apa itu Gastrik?

Keradangan yang terjadi pada lapisan perut

Punca Gastrik

Punca gastrik boleh disebabkan dengan bermacam faktor. antaranya, tabiat pemakanan yang tidak dijaga, keturunan

Tanda-tanda gastrik

Sakit perut yang semakin teruk apabila perut kosong , kerap muntah, mual, perut kembung, hilang selera makan, kerap sendawa, hilang berat badan

Makanan Sesuai Pesakit Gastrik

makanan yang tinggi fiber, rendah lemak, rendah asid, mempunyai probiotik

Ubat Gastrik

probiotik dan antasid

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati