
Info Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan. Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Negeri Sembilan yang dikendalikan oleh Yayasan Negeri Sembilan (YNS) merupakan inisiatif penting bagi membantu pelajar yang memerlukan sokongan kewangan dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Bantuan ini ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang sedang mengikuti pengajian di universiti, kolej, atau politeknik dalam negara.
Apa itu Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan?
Isi Kandungan
- 1 Apa itu Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan?
- 2 Syarat-Syarat Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
- 3 Kadar Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
- 4 Dokumen yang Diperlukan Untuk Permohonan Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
- 5 Cara Mohon Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
- 6 Rujukan Lengkap Borang dan Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
- 7 Maklumat Pertanyaan

Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS). Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar dari negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sepenuh masa.
Program ini juga diharapkan dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar yang layak menerima bantuan kewangan tersebut.
Rujuk juga info Bantuan IPT Negeri Sembilan yang lain.
Syarat-Syarat Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
Berikut adalah merupakam syarat-syarat bantuan BSH IPT Negeri Sembilan:
- Pemohon mestilah kelahiran Negeri Sembilan atau mempunyai alamat tetap di Negeri Sembilan.
- Pemohon yang bukan kelahiran Negeri Sembilan perlu menunjukkan bukti telah bersekolah di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun.
- Terbuka kepada pelajar peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA sepenuh masa sahaja.
- Pemohon perlu berada dalam semester 1 hingga semester akhir pengajian.
- Ibu bapa yang mendaftar dalam program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 layak memohon.
- Pemohon perlu mengisi borang pengesahan pemastautin Negeri Sembilan yang disahkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti ADUN atau Ketua Kampung.
- Pemohon juga perlu mengisi borang pengesahan belajar yang disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Bahagian Hal Ehwal Akademik institusi masing-masing.
Kadar Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
Jumlah bantuan yang disediakan melalui program ini bergantung kepada dana yang diperuntukkan oleh Yayasan Negeri Sembilan. Pelajar yang layak menerima bantuan akan memperoleh bantuan kewangan yang mencukupi untuk menampung keperluan asas sepanjang tempoh pengajian mereka di IPTA.
Dokumen yang Diperlukan Untuk Permohonan Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
Bagi memastikan permohonan Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan (BSH) dapat diproses dengan lancar, pemohon wajib memuat naik dokumen-dokumen berikut:
- Borang Pemastautin Negeri Sembilan (Borang YNS 1/B).
- Salinan Kad Pengenalan (pemohon sahaja).
- Surat Pengesahan Belajar (SPB) (Borang YNS 2/A) – Wajib menggunakan borang yang disediakan di laman web Yayasan Negeri Sembilan. Surat ini perlu disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) universiti atau politeknik pemohon. Tidak perlu menggunakan surat pengesahan belajar dari universiti/politeknik.
- Surat Tawaran Pelajar dari institusi pengajian tinggi.
- Slip Bank (bahagian depan sahaja) untuk pengesahan akaun bank pemohon.
- Sijil Berhenti Sekolah Rendah dan Menengah (Tahun 6 dan Tingkatan 5) – Wajib bagi pemohon yang bukan kelahiran Negeri Sembilan. Pemohon yang lahir di Negeri Sembilan (kod 05/59/31) tidak perlu menyertakan sijil ini.
- Penyata Gaji Bapa (perlu cop majikan) atau Surat Pengesahan Pendapatan Bapa.
- Penyata Gaji Ibu (perlu cop majikan) atau Surat Pengesahan Pendapatan Ibu.
- Penyata Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Ibu atau Bapa – (WAJIB) dari LHDN.
- Dokumen Sokongan Lain (jika ada):
- E-bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Skim Bantuan Baitulmal
- Skim Bantuan Zakat
- Sijil Kematian atau Sijil Cerai – Jika ibu bapa pemohon telah bercerai.
Pihak Yayasan Negeri Sembilan tidak akan memproses permohonan yang tidak melampirkan kesemua dokumen di atas. Pastikan semua dokumen yang dimuat naik lengkap dan jelas untuk memudahkan proses semakan permohonan.
Cara Mohon Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
Untuk memohon bantuan ini, pelajar boleh melengkapkan borang permohonan secara atas talian melalui pautan berikut: Permohonan Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan.
Rujukan Lengkap Borang dan Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan
Berikut adalah rujuk borang dan syarat yang anda perlu tahu:
1. Syarat dan Keperluan Permohonan BSH
- Muat Turun Syarat BSH : Klik di sini
- Dokumen Keperluan BSH : Klik di sini
- Contoh Beserta Gambar Dokumen Keperluan BSH : Klik di sini
2. Borang-Borang Permohonan
- Borang Pemastautin Negeri Sembilan (BORANG YNS 1/B): Muat Turun di sini
Sila muat turun dan isi borang ini. Wajib diisi oleh pemohon. - Borang Akuan Pengesahan Pendapatan (BORANG YNS 3/C): Muat Turun di sini
Borang ini wajib diisi oleh pemohon bagi mengesahkan pendapatan keluarga. - Borang Pengesahan Belajar (BORANG YNS 2/A) (WAJIB): Muat Turun di sini
Borang ini perlu dibawa ke universiti atau politeknik untuk pengesahan status belajar.
Pemohon diingatkan untuk melengkapkan borang-borang ini dan memastikan kesemua dokumen disediakan dengan betul sebelum mengemukakan permohonan Bantuan Sara Hidup.
Maklumat Pertanyaan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup IPT Negeri Sembilan, pemohon boleh merujuk kepada laman web rasmi Yayasan Negeri Sembilan di pautan berikut: Yayasan Negeri Sembilan.