Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Rujukan senarai cukai SST naik. Memasuki bulan Mac 2024, Kerajaan Malaysia telah menaikkan cukai perkhidmatan atau SST sebanyak 8% yang mana sebelum ini adalah 6%. Walaubagaimanapun, kenaikan SST negara Malaysia adalah merupakan para terendah dalam beberapa negara.

Untuk mengetahui mengenai senarai cukai SST naik, anda boleh membuat semakan mengikut kumpulan perkhidmatan yang telah disenaraikan oleh kerajaan Malaysia melalui laman web rasmi.

Penerangan Cukai Perkhidmatan dan Senarai Cukai SST Naik

Apa Itu Cukai Perkhidmatan?

Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Cukai perkhidmatan ialah cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai tertentu. Cukai perkhidmatan juga dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diimport (B2B) dan perkhidmatan digital (B2C).

Senarai Perkhidmatan yang Dikenakan Cukai Perkhidmatan

Cukai akan dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang disenarai berdasarkan kepada sembilan kumpulan dalam Jadual Pertama, Peraturan- peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dengan kadar semasa bermula 1 September 2018 seperti berikut:

Kumpulan Perkhidmatan Bercukai (berkuat kuasa 2018)Kadar Semasa
Kumpulan A: Hotel, pangsapuri servis dan rumah inapan6%
Kumpulan B: Restoran, bar atau kedai kopi6%
Kumpulan C: Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, pusat kesejahteraan, rumah urut6%
Kumpulan D: Kelab persendirian termasuk rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas6%
Kumpulan E: Padang golf atau lapang sasar golf6%
Kumpulan F: Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib6%
Kumpulan G: Profesional
PerundanganPerakaunanPenilaian/ PenaksiranKejuruteraan, Seni binaPerundingan, latihan & tunjuk ajarTeknologi maklumat (IT)/ DigitalPerkhidmatan pengurusan (penyenggaraan, penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, kemudahan sukan dan kesetiausahaan)Perkhidmatan pekerjaanPerkhidmatan pengawal/ perlindungan (sekuriti)
6%
Kumpulan H: Perkhidmatan kad kredit, atau kad cajRM25/setahun
Kumpulan I: Penyedia Perkhidmatan Lain
Insurans & takafulTelekomunikasiAgen KastamPenyedia ruang letak kenderaanServis kenderaan bermotorPerkhidmatan kurierPerkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan bas persiaranPengiklananBekalan elektrik domestik >600kWhPengangkutan penumpang udara tempatan kecuali Rural Air Services (RAS)Pembrokeran & penajajaminan (berhubung kewangan)Pembersihan
6%
Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Perkhidmatan Baharu yang Dikenakan Cukai Perkhidmatan

Berikut adalah merupakan perkhidmatan baharu yang akan dikenakan cukai selepas 1 Mac 2024:

  • Perkhidmatan pusat karaoke di bawah Kumpulan C.
  • Perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah di bawah Kumpulan I
  • Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.
  • Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan di bawah Kumpulan G.

Senarai Perkhidmatan yang Dikecualikan Kenaikan 8%

Untuk makluman, kenaikan adalah untuk semua perkhidmatan bercukai dikenakan dengan kadar cukai baharu iaitu 8% kecuali bagi perkhidmatan berikut:

  1. Perkhidmatan penyediaan makanan atau minuman di bawah Kumpulan B;
  2. Perkhidmatan telekomunikasi di bawah Kumpulan I;
  3. Perkhidmatan penyediaan ruang parkir kenderaan di bawah Kumpulan I; dan
  4. Perkhidmatan logistik di bawah Kumpulan J.

Kadar Cukai Perkhidmatan ke atas perkhidmatan di bawah Kumpulan B iaitu makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan serta perkhidmatan logistik kekal dikenakan dengan kadar cukai 6% sahaja.

Kadar cukai untuk kad kredit dan kad caj kekal dikenakan pada RM25/setahun.

Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Bagi membuat semakan senarai cukai SST naik bermula dari 1 Mac 2024, anda boleh merujuk kepada senarai yang kami sediakan dibawah. Terdapat sebanyak 10 kumpulan terbabit dalam pelarasan senarai cukai SST naik.

Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024
Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Kumpulan A

  • Jenis : Hotel, pangsapuri servis dan rumah inapan
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan B

  • Jenis : Restoran, bar atau kedai kopi
  • Kadar Baharu : 6% (Kekal)

Kumpulan C

  • Jenis : Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, pusat kesejahteraan, rumah urut
  • Perluasan Skop : Pusat Karaoke
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan D

  • Jenis : Kelab persendirian termasuk rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan E

  • Jenis :  Padang golf atau lapang sasar golf
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan F

  • Jenis : Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan G

  • Jenis : Bidang Profesional seperti Perundangan :Perakaunan, Penilaian/ Penaksiran, Kejuruteraan, Seni bina Perundingan, latihan & tunjuk ajar, Teknologi maklumat (IT)/ Digital, Perkhidmatan pengurusan (penyenggaraan, penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, kemudahan sukan dan kesetiausahaan), Perkhidmatan pekerjaan, Perkhidmatan pengawal/ perlindungan (sekuriti)
  • Perluasan Skop : Perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan
  • Kadar Baharu : 8%

Kumpulan H

  • Jenis : Kad kredit atau kad caj
  • Kadar Baharu : Kekal RM25

Kumpulan I

  • Jenis : Penyedia Perkhidmatan Lain seperti Insurans & takaful, Telekomunikasi, Agen Kastam, Penyedia ruang (parkir) letak kenderaan, Servis kenderaan bermotor, Perkhidmatan kurier, Perkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan bas persiaran, Pengiklanan, Bekalan elektrik domestik >600kWh, Pengangkutan penumpang udara tempatan kecuali RAS, Pembrokeran & penajajaminan (berhubung kewangan) dan Pembersihan.
  • Perluasan Skop: Pembrokeran & penajajaminan (peluasan ke atas perkhidmatan selain kewangan seperti kapal/kapal terbang, komoditi dan harta tanah)
  • Kadar Baharu : Semua dinaikkan dengan kadar cukai perkhidmatan 8% kecuali perkhidmatan berikut kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6%:
    • Perkhidmatan telekomunikasi
    • Penyedia ruang (parkir) kenderaan
    • Makanan dan minuman (F&B)

Kumpulan J

  • Jenis : Perkhidmatan logistik seperti perkhidmatan logistik termasuk keseluruhan atau sebahagian daripada rantaian bekalan perkhidmatan pengurusan logistik, perkhidmatan penggudangan atau pengurusan penggudangan, perkhidmatan penghantaran fret, perkhidmatan pelabuhan atau lapangan terbang, perkhidmatan perkapalan, perkhidmatan penerbangan atau perkhidmatan kemudahan rantaian sejuk, perkhidmatan penghantaran, pengedaran atau pengangkutan barang, perkhidmatan penghantaran, pengedaran atau pengangkutan barang, dokumen atau bungkusan melalui platform E-Dagang termasuk bagi pihak mana-mana orang, perkhidmatan kiriman cepat yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741], Ejen kastam
  • Kadar Baharu : 6%

Diharapkan dengan perkongsian senarai cukai SST naik bermula bulan Mac ini membantu anda semua mengetahui perkhidmatan jenis apa yang akan ada kenaikan.

Soalan FAQs Berkenaan Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Adakah harga servis kereta naik?

Ya, harga servis kereta naik dan kenaikan adalah pada kos buruh.

Adakah pusat karaoke dikenakan cukai?

Pusat karaoke baharu sahaj diperluaskan skop dan akan dikenakan cukai bermula 1 Mac 2024.

Bagaimana boleh beza ada kenaikan atau tidak untuk cukai SST?

Anda boleh merujuk senarai cukai SST naik yang kami sediakan diatas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati