Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 dan Senarai Skim Perkhidmatan Awam Terlibat

pengumuman kenaikan gaji penjawat awam 2024
Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 dan Senarai Skim Perkhidmatan Awam Terlibat 6

Kerajaan malaysia akan mengumum berita mengenai kenaikan gaji penjawat awam 2024 yang mana kerajaan telah mengumumkan bahawa Skim gaji baru penjawat awam akan diumumkan pada akhir 2024. 

Menerusi bajet 2023 kerajaan malaysia telah mengemukakan kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak rm100 untuk semua penjawat awam dari gred 11 hingga gred 56 dengan dari jumlah kewangan RM1.5 bilion.

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Berkenaan Kenaikan gaji penjawat awam 2024

Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Berkenaan kenaikan gaji, hal ini pernah diutarakan oleh perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana dalam perancangannya untuk menaikkan gaji seramai 1.6 juta penjawat awam dalam amaun kecil untuk waktu kini melalui belanjawan 2024 sebelum penetapan kenaikan berkala untuk setiap 10 tahun.

Fahmi Fadzil, menteri komunikasi dan digital yang juga merupakan jurucakap kepada kerajaan perpaduan telah mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat semakan mengenai perkara itu dan menjelang tahun harapan ia akan dilaksanakan.

Menurutnya lagi beliau mengiyakan bahawa beberapa keputusan telah diambil dan telah diserahkan kepada ketua setiausaha negara iaitu Tan Sri Mohd Zuki Ali atau perdana menteri sendiri bagi membuat pengumumannya tidak lama lagi. 

Walaubagaimanapun, Fahmi juga turut mengatakan bahawa kerajaan masih belum memperincikan berkenaan kenaikan gaji penjawat awam lagi buat masa sekarang dan apabila tiba waktunya kerajaan akan umumkan segera. 

Bilakah Kali Terakhir Gaji Penjawat Awam Dinaikkan?

gaji penjawat awam bakal dinaikkan
Berita pada 7 Julai 2023 berkenaan kerajaan bercadang menaikkan gaji penjawat awam.

Melalui berita 7 julai yang lalu perdana menteri telah mengatakan bahawa beliau mengambil keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam yang dia buat berikutan tiada kenaikan gaji penjawat awam dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia dinaikkan adalah pada 2013. 10 tahun lamanya gaji penjawat awam tiada kenaikan.

Hal ini menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi jaminan bahawa akan menawarkan apa-apa manfaat yang munasabah dan terbaik serta adil bagi penjawat.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bagi Setiap 10 Tahun

Dengan kenaikan gaji penjawat awam 2024 ini ia akan memberi kesan positif dalam ekonomi negara yang mana yang akan merangsang pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan sistem kewangan yang stabil bagi individu.

Dengan kenaikan gaji penjawat awam 2024 ini juga ia menunjukkan kerajaan malaysia mendengar serta membuat kajian berkenaan kenaikan gaji bagi skim perkhidmatan awam yang perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kerajaan akan meletakkan kenaikan untuk setiap 10 tahun. Walaubagaimanapun, menurut Tan Sri Lee Lam Thye, aktivis sosial sebelum ini menyarankan kenaikan untuk setiap 5 tahun. Beliau juga mengatakan gaji penjawat awam yang tidak mencukupi boleh menimbulkan tekanan

Berkenaan Skim Penjawat Awam Negara Malaysia

Senarai Skim Penjawat Awam

Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Terdapat sebanyak 21 skim penjawat awam yang tersedia dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kenaikan gaji penjawat awam 2024 akan melibatkan gred 11 sehingga 56. Berikut adalah senarai lengkap skim penjawat awam bermula dari A hingga Z:

  1. Pengangkutan (A)
  2. Bakat dan Seni (B)
  3. Sains (C)
  4. Pendidikan (D)
  5. Ekonomi (E)
  6. Sistem Maklumat (F)
  7. Pertanian (G)
  8. Kemahiran (H)
  9. Kejuruteraan (J)
  10. Keselamatan dan Pertahanan Awam (K)
  11. Perundangan dan Kehakiman (L)
  12. Pentadbir dan Diplomatik (M)
  13. Pentadbiran dan Sokongan (N)
  14. Pencegahan (P)
  15. Penyelidikan dan Pembangunan (Q)
  16. Sosial (S)
  17. Penguatkuasaan Maritim (T)
  18. Perubatan dan Kesihatan (U)
  19. Kewangan (W)
  20. Polis (Y)
  21. Angkatan Tentera Malaysia (Z)

Senarai Lengkap Jadual Gaji Penjawat Awam Mengikut Gred

image 425

Untuk pengetahuan anda skin perkhidmatan awam mempunyai kenaikan dan tangga gaji yang tersendiri dan telah dibahagikan mengikuti dan skim yang tersedia.Terdapat sebanyak 20 skim perkhidmatan yang anda boleh membuat saya makan berkenaan jadual harga gaji yang telah disusun oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

Sebelum pengumuman kenaikan gaji penjawat awam 2024, anda boleh membuat semakan mengani jadual tangga gaji bagi setiap skim perkhidmatan.

 Berikut adalah merupakan jadual tangga gaji penjawat awam bagi 16 skim perkhidmatan: 

GredSkim Perkhidmatan Awam
APengangkutan
BBakat dan Seni
CSains
DPendidikan
EEkonomi
FSistem Maklumat
GPertanian
HKemahiran
JKejuruteraan
KKeselamatan dan Pertahanan Awam
LPerundangan dan Kehakiman
MPentadbir dan Diplomatik
NPentadbiran dan Sokongan
QPenyelidikan dan Pembangunan
UPerubatan dan Kesihatan
WKewangan

Soalan FAQs Berkenaan Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Apakah kenaikan gaji penjawat awam?

Kenaikan bagi gaji penjawat awam adalah satu kenaikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan oleh kerajaan sebagai majikan. Ia dipengaruhi oleh pangkat, tempoh perkhidmatan dan lain-lain.

Bagaimanakah pelantikan penjawat awam?

Pelantikan penjawat awam adalah melalui bermacam jenis laluan, salahsatunya adalah melalui SPA9.

Dimanakah penempatan bagi penjawat awam?

Seluruh Malaysia ada tersedia penjawat awam yang mempunyai tugas yang tersendiri.

Berapakah gaji permulaan bagi penjawat awam?

Gaji permulaan adalah berdasarkan kelayakan akademik, bermula PMR, SPM dan Ijazah. Minima adalah RM1,800 seperti yang dimaklum oleh kerajaan.

Siapakah yang layak menjadi penjawat awam?

Semua rakyat Malaysia layak menjadi penjawat awam melalui permohonan sah dan berdasarkan akademik.

18 KOMEN

  1. Saya kurang faham berkaitan dgn pencen kiraan pencen pesara 2% yang dibatalkan dan 5% dikembalikan semula, bagaimana dgn kiraan jika pesara pencen pada tahun 2020 dgn gaji asas sebanyak RM3900.

  2. Smuga kenaikan gaji ktangan awam dn jga pesara nnti…ini mngesahkan kerajaan MADANI di bawah PMX bgitu mngambil berat terhadap ktangan awam dn pesara…jd pesanan sy untuk k tngan awam serta pesara…hargai lh pemberian ini….jngn mnikam dr belakang

  3. Gred 19 ke bawah nk beli rumah pun x mampu..Rata2 potongan hampir rm1000 sbln..dgn keadaan gaji skrg dgn kos lain2 lg mmg x ckup tampung..ramai buat loan peribadi menambah lagi teruk keadaan..

  4. kenaikan perlu bergantung kepada kelulusan akademik tertinggi dalam setiap skim yang disandang.
    gaji phd, sarjana/master dan ijazah sarjana muda adalah berbeza.

  5. Alhamdullillah, jika kerajaan naikkan gaji penjawat awam adalah satu langkah yang baik, kadar perbelanjaan isi rumah juga meningkat. Pendapatan peniaga dan syarikat juga meningkat. Kadar bayaran cukai kepada kerajaan juga meningkat. Aliran pusingan Pendapatan negara dalam keadaan baik. Kalau gaji buruh asing meningkat. Aliran wang keluar negara akan meningkat….menyebabkan mata wang kita……..?

  6. Agar di percepatkan kenaikan gaji ini sebelum kita bersara.semuga mendapat juga gaji persaraan yang banyak.
    Terima kasih perdana menteri malaysia

    • Setakat ini apa-apa ketetapan kerajaan adalah menyeluruh untuk penjawat awam. Namun, bergantung pada skim sektor awam. Kalau personel mystep mungkin tidak termasuk.

  7. Syukur Alhamdulillah, kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim Terbaik, Terima kasih atas kenaikan gaji yg diberi bagi tahun 2024, Jgn di pinggir kan dan dilupakan pada PESARA kerajaan juga…. Tanpa yg tua tidak ada yang muda..

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati