Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Dr Zaliha Mustafa – Menteri Wilayah Persekutuan yang Baharu

Biodata Dr. Zaliha Binti Mustafa - Menteri Wilayah Persekutuan yang Baharu

Tular kini mengenai Dr Zaliha Mustafa diangkat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui rombakan kabinet 2023 baru-baru ini. Pelantikan tersebut mendapat perhatian ramai dan meraih banyak sokongan ramai hasil lantikan baharu itu.

Sebelum ini, Dr Zaliha adalah seorang Menteri Kesihatan Malaysia. Beliau telah membawa imej kesihatan negara dengan baik dan berjaya memberi suntikan baharu dalam pentadbiran di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berikut adalah perkongsian mengenai biodata, pendidikan dan lain-lain maklumat beliau.

Biodata Lengkap Dr Zaliha Mustafa

Biodata Lengkap Dr Zaliha Mustafa

Dr Zaliha Binti Mustafa selaku Menteri Kesihatan di dalam kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini dilahirkan pada 28 Jun 1964. Beliau merupakan anak jati Johor Darul Ta’zim dan merupakan anak sulung daripada 8 orang adik beradik keseluruhannya. Anak jati Johor ini telah dibesarkan serba sederhana dan menetap bersama keluarga di Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Kehidupan Awal Dan Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) dan seterusnya mendapat tawaran memasuki asrama penuh, Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu, Kelantan (sekarang di kenali sebagai MRSM Pengkalan Chepa). Beliau mendapat keputusan yang cemerlang ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga melayakkan beliau untuk melanjutkkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Beliau telah memilih untuk teruskan pelajaran di Malaysia iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia walaupun telah banyak mendapat tawaran belajar di luar negara.

Beliau telah dianugerahkan segulung Ijazah Kedoktoran MD.UKM seterusnya memulakan kerjaya sebagai Doktor Siswazah di Hospital Johor Bahru iaitu Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru daripada awal tahun 1989 sehingga tahun 1990. Selepas itu, beliau berkhidmat di Pahang lebih kurang 10 bulan sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Pekan, Pahang.

Selama tempoh lebih 2 tahun beliau juga pernah ditugaskan di Hospital Daerah Taiping sebagai Pegawai Perubatan. Pada tahun 1995 beliau kembali ke negeri sendiri serta meneruskan perkhidmatan di Klinik Swasta bersama Kumpulan Perubatan Penawar, kini Dr. Zaliha Mustafa telah memiliki kliniknya sendiri di Bandar Putra Kulai.

Biografi Dr Zaliha Mustafa

Berikut dikongsikan beberapa maklumat lengkap mengenai Dr Zaliha Mustafa:

BiografiMaklumat
NamaZaliha Binti Mustafa
Tarikh Lahir28 Jun 1964
KewarganegaraanMalaysia
BangsaMelayu
AgamaIslam
PendidikanSekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS)
Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu (MRSM PC) , Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanMenteri Wiayah Persekutuan (2023)
Menteri Kesihatan (2022-2023)
Doktor , Ahli Politik
StatusTelah Berkahwin dengan Dr. Ahmad Adzlan
AnakDikurniakan 4 Cahaya Mata
WhatsApp Image 2023 12 14 at 17.31.53 57601257

Kerjaya dan Penglibatan Dalam Bidang Politik

Awal kerjaya Dr Zaliha Mustafa iaitu dalam bidang perubatan bertempat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru menjawat jawatan sebagai doktor Siswazah pada tahun 1989.

Kemudian, beliau meneruskan kerjaya sebagai doktor perubatan di sebuah Hospital Daerah Pekan pada tahun 1990 dan seterusnya di Hospital Taiping pada tahun 1991 sebelum beliau membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai doktor swasta di Poliklinik Penawar pada tahun 1993.

Dr Zaliha Mustafa kemudiannya mulai aktif dalam bidang politik pada tahun 1999 menjawat jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Johor. Enam tahun kemudian, beliau mendapat lantikan sebagai Pengerusi PKR negeri Johor.

Untuk rekod, Dr Zaliha Mustafa merupakan wanita pertama dalam sejarah dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri dalam pimpinan parti politik yang mana belum ada lagi parti politik yang memberi jawatan setinggi jawatan “Pengerusi” ini kepada kaum wanita. Beliau kemudiannya meneruskan kecemerlangan dalam karier politik apabila diberi kepercayaan untuk menjadi Naib Ketua Wanita PKR pada tahun 2007.

Kecemerlangan ini diteruskan lagi apabila pada tahun 2018, beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan dua tahun kemudian beliau telah diangkat menjadi Pengerusi Biro Strategi, Dasar dan Latihan PKR. Bagi tahun 2023, Dr Zaliha Mustafa telah diberikan amanat untuk menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat(JPP) di dalam PKR. Pelantikan ini menjadikan beliau adalah wanita pertama yang menyandang jawatan itu dalam sejarah penubuhan parti.

Pada tanggal 2 Disember 2022 pula, Dr. Zaliha Mustafa telah diumumkan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu oleh Perdana Menteri yang ke-10 Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi membantu memantapkan lagi susun atur perkhidmatan dalam kabinetnya.

WhatsApp Image 2023 12 14 at 18.58.15 e8beaa4e

Dr Zaliha Mustafa Menteri Kesihatan Wanita Yang Pertama

Beliau telah mencipta sejarah baharu buat Malaysia selepas diangakat untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan Malaysia 2023. Pada 3 Disember 2022, Dr Zaliha Mustafa secara rasminya memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan dibawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 selepas selesai istiadat mengangkat sumpah di Istana Negara.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku mantan Menteri Kesihatan pada penggal yang lalu turut menzahirkan kata ucapan tahniah kepada Dr. Zaliha Mustafa atas perlantikan tersebut.

Menerusi ciapan di Twitter, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan dengan menyatakan harapan agar Ahli Parlimen Sekijang itu boleh dan mampu untuk meneruskan perjuangan ke arah sistem kesihatan awam yang lebih cemerlang dan terbaik.

Tahniah YB Dr Zaliha atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu. Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga Kementerian Kesihatan (KKM).
“‘All the best!’ (Semoga berjaya!),” katanya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati