Tentang Kami

About Me
Bismillahirrahmanirrahim.

Pertamanya admin ingin memperkenalkan diri admin dahulu. Admin Sistem Guru Online ini berasal dari Kelantan dan kemudian ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah pedalaman Kapit.

Idea tercetusnya untuk membina sebuah website pendidikan seperti yang sedia ada sekarang ini muncul apabila admin mengalami kesukaran untuk mendapatkan info atau bahan untuk kegunaan yang penting semasa mengajar seperti Alat Bantu Mengajar, Soalan Peperiksaan, Rancangan Pengajaran Tahunan dan banyak lagi.

Kerana kesusahan ini, maka muncul idea untuk mengumpulkan semua bahan ini sama ada dari internet, dari rakan dan facebook. Akhirnya pelbagai bahan telah berjaya admin kumpulkan dan dari situlah admin berfikir untuk membantu para guru lain yang mana mungkin mengalami pelbagai kesukaran mendapatkan bahan tadi.

“Jika semua berada di dalam satu tempat, pasti cikgu seluruh Malaysia dapat merujuknya dengan senang!”

Ya, mungkin bisikan seperti inilah yang akhirnya membawa kepada wujudnya Sistem Guru Online atau SGO ini.

Untuk pengetahuan semua, website SGO ini sebelum ini terdiri daripada beberapa orang penulis. Pernah satu ketika ahli kami terdiri daripada guru di pedalaman, pegawai ppd dan guru biasa.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang dari penulis kami atau ingin sekadar berkongsi artikel mengenai pendidikan maka anda boleh menghantarkan artikel anda kepada kami di Hantar Artikel kepada SGO.

Akhir kata, semoga SGO memberikan pelbagai manfaat kepada semua.

Contact Us For Further Information

  • Company Name : Aflah Future Enterprise
  • Registered Number : KT0411551-A
  • Address : Pekeliling 4, Taman Sri Gedombak, 16800 Pasir Puteh Kelantan.
  • Phone Number : 01158241549
  • Email : [email protected]