Home Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen didalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.