Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Solat Sunat Dhuha Beserta Kelebihannya Menyamai Sedekah 360 Sendi Dalam Badan

Bahan Artikel 20240609 091630 0000 11zon

Solat sunat Dhuha adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam kerana ianya dianggap sebagai salah satu cara untuk membuka pintu rezeki. Solat sunat Dhuha juga dikenali sebagai solat al-Awwabin, yang mengandungi pelbagai kelebihan dan faedah.

Oleh itu, admin ingin berkongsi kepada pembaca maklumat yang lengkap dan terperinci mengenai solat sunat Dhuha, termasuk panduan doa Dhuha serta kelebihannya yang bagus untuk diamalkan bagi mendapatkan keberkatan waktu dhuha.

Maksud Solat Sunat Dhuha

“Dhuha” (الضحى‎) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”. Oleh disebabkan itu, Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor. Ianya adalah solat sunat muakkad yang sangat dituntut dalam Islam, kerana melaksanakannya membawa pelbagai keberkatan dan kebaikan kepada individu yang melaksanakannya.

Solat Sunat Dhuha dilakukan bertujuan untuk menghapuskan dosa dan memohon kelapangan rezeki. Terdapat banyak nas yang menyebutkan kelebihan-kelebihan dan kepentingan solat sunat ini, agar mendapatkan pahala yang berganda serta manfaat rohani dan jasmani yang diperoleh oleh individu yang melaksanakannya dengan tekun.

Antaranya seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata :

“Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara. (Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur”.— Hadis Riwayat Muslim

Bila Waktu Solat Sunat Dhuha ?

Solat Sunat Dhuha dilakukan setelah matahari naik setinggi satu galah, iaitu kira-kira 40-48 minit selepas syuruq. Hal ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad ﷺ yang menyebutkan bahawa solat Awwabin dilakukan ketika anak unta merasakan panas matahari. Waktu ini berterusan sehingga sebelum waktu Solat Zuhur dan apabila waktu Zuhur tiba, maka waktu Solat Dhuha berakhir.

Nabi ﷺ keluar menuju ke Quba’ dan melihat penduduk Quba’ sedang mendirikan solat sunat Dhuha, lalu Baginda bersabda, “Solat Awwabin adalah ketika anak unta mula berasa bahang panas matahari.”— Hadis Riwayat Imam Muslim

Oleh yang demikian, tempoh waktu solat sunat ini berlanjutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Sebaik sahaja telah masuknya waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (10 minit sebelum zuhur).

Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat sebagai minimum, dan kemudian 4, 6, seterusnya 8, sehingga 12 rakaat sebagai maksimum yang boleh dilakukan dengan setiap rakaat yang dikerjakan disusuli satu salam. Hal ini kerana, dapat memberi keselesaan kepada individu untuk menyesuaikan jumlah rakaat solat mengikut kesesuaian dan kebolehan masing-masing.

Menurut riwayat Aisyah RA dan Ummu Hani’, Nabi Muhammad ﷺ solat Dhuha empat atau lapan rakaat, dengan kemungkinan untuk menambah jika dikehendaki. Hal ini berdasarkan riwayat Imam al-Baihaqi dalam Sahih Muslim.

Memetik perkongsian Sahibus Samahah Tuan Guru Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui medium website pejabat mufti Wilayah Persekutuan, bilangan rakaat yang paling afdhal bagi seseorang individu itu jika ingin melaksanakan solat sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.

Riwayat Abu Daud (1290)

solat dhuha jakim

Tatacara Solat Sunat Dhuha

Berikut admin kongsikan beberapa panduan tentang cara untuk melaksanakan solat sunat Dhuha serta cara bacaan-bacaan doa Dhuha yang ringkas mengikut sunnah.

  • Lafaz Niat : أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ
    (Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)
    Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”
  • Baca Surah Al-Fatihah : setelah takbiratul ihram , bacalah surah Al-Fatihah seperti biasa.
  • Bacaan surah pilihan : Baca surah lazim yang dihafal, kemudian lanjutkan solat sehingga habis.
  • Doa Dhuha : Akhir sekali selepas memberi salam , beristghfarlah dan membaca doa dhuha.

Zikir/Doa Dhuha

Menurut Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, secara umum tidak terdapat doa khusus yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW untuk berdoa selepas solat sunat Dhuha. Namun begitu, terdapat beberapa doa mahsyur yang diajarkan oleh para ulama’ yang boleh kita amalkan.

Doa Dhuha (Arab)Terjemahannya
اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ،
وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ،
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ،
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ،
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ.
اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ
وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Bacaan Doa Dhuha
sumber : youtube

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Terdapat banyak kelebihan solat sunat Dhuha akan tetapi admin ingin berkongsi antara kelebihan solat sunat Dhuha adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim :

Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]

Apakah lafaz niat solat sunat dhuha ?

Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.

Solat sunat Dhuha berapa rakaat ?

boleh dilakukan 2, 4, 6, 8, 12 rakaat

Bilakah waktu Dhuha ?

setelah matahari naik setinggi satu galah, iaitu kira-kira 40-48 minit selepas syuruq.

Apakah maksud Dhuha ?

“Dhuha” (الضحى‎) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati