ULANGKAJI BERDUA LEBIH BAIK DARI BERSEORANGAN (SPM TRIAL 2022 ADDMATH JOHOR)

Slide10 1

Selalunya, kita leih selesa untuk membuat ulangkaji secara berseorangan kerana merasakan akan lebih mudah untuk memberi perhatian apabila tidak bercampur dengan orang lain. Betul, ada sesetengah pelajar lebih selesa memilih cara begini berbanding melakukan ulangkaji secara berkumpulan atau berdua.

Namun begitu, jika melakukan ulangkaji secara berkumpulan juga mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan kerana kita akan dapat mendengar dan memahami persepsi berbeza dari orang lain mengenai topik-topik tertentu yang mungkin lebih memudahkan untuk memahaminya berbanding belajar seorang diri.

Sekiranya anda tidak gemar untuk mengulangkaji secara berkumpulan, anda boleh melakukannya dengan hanya berdua. Ajak rakan anda untuk sama-sama mengulangkaji dengan memilih dua topik atau dua subjek berbeza, dan beri tugasan kepada masing-masing untuk membuat nota ringkas, kuiz dan penerangan mudah lalu kongsikan antara satu sama lain. Dengan cara ini, sesi mengulangkaji anda akan lebih menarik dan mudah untuk difahami. Anda juga tidak akan merasa bosan dan mudah hilang mood atau perhatian sekiranya hanya mengulangkaji berdua.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

JOHOR-ADD-MATH