TIPS MERANGKA JADUAL ULANGKAJI PELAJARAN (SPM) (SPM TRIAL 2022 BI PULAU PINANG)

Slide1 7

Ulangkaji pelajaran adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seorang pelajar. Anda tidak semestinya sedang menanti detik menghadapi peperiksaan penting untuk mula mengulangkaji pelajaran. Ulangkaji pelajaran adalah sesuatu yang anda wajib buat jika anda bergelar seorang pelajar.

Untuk mengulangkaji pelajaran, anda tidak seharusnya mengambil mudah dan hanya melakukannya bila-bila anda mahu. Ia memerlukan sebuah jadual waktu yang tersusun kemas dengan kesesuaian masa dan kemampuan anda. Bagi menghasilkan sebuah jadual waktu yang bagus, ada beberapa perkara penting yang perlu anda titikberatkan bagi memastikan anda dapat mematuhi jadual tersebut dengan baik dan tidak terlalu berat atau memberi tekanan kepada anda.

Apakah perkara yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan jadual waktu ulangkaji?

  1. Kaji kemampuan anda dalam pembelajaran.

Sebelum membuat jadual, anda wajib tahu kemampuan diri anda dalam memastikan jadual ini tidak membebankan dan tidak juga membuat anda lalai. Kenalpasti kemampuan anda dalam memberi perhatian semasa belajar dan kemampuan minda anda dalam memproses data agar anda tidak terlalu memberi tekanan kepada minda.

  1. Senaraikan subjek wajib lulus untuk diberikan keutamaan dalam jadual.

Ini penting kerana subjek ini akan menentukan kelayakan anda untuk meneruskan pengajian dalam institusi pengajian tinggi. Ada institusi yang menetapkan beberapa subjek wajib dan pilihan untuk lulus sebelum diterima masuk. Pastikan anda memberi perhatian yang lebih terhadap subjek ini dalam menetapkan masa ulangkaji.

  1. Senaraikan subjek lemah yang perlu diperbaiki pencapaiannya.

Subjek ini juga penting bagi memastikan anda dapat lulus semua subjek dalam peperiksaan. Pun begitu, sekiranya subjek ini tidak menjadi keutamaan, anda boleh kurangkan sedikit masa ulangkaji tetapi masih mengulangkaji subjek tersebut tanpa gagal.

  1. Tetapkan masa yang bersesuaian dengan setiap subjek.

Setiap subjek memerlukan masa yang berbeza-beza untuk mengulangkaji bagi memastikan anda mempunyai masa yang cukup yang menerima, mengenalpasti dan memproses data yang telah dipelajari ke dalam minda. Contohnya untuk subjek yang mempunyai formula dan kira-kira, memerlukan tempoh masa yang agak lama berbanding subjek teori kerana ia memerlukan pemerhatian lebih untuk memastikan setiap formula yang digunakan untuk kira-kira itu betul dan bersesuaian. Jadi, pastikan anda menetapkan masa yang betul untuk setiap subjek.

  1. Selitkan juga masa untuk berehat dalam setiap sesi ulangkaji subjek berat.

Ini juga amat penting kerana minda dan badan juga perlukan rehat. Terlalu memaksa diri tidak akan membuahkan hasil yang baik tetapi sebaliknya. Selitkan sekurang-kurangnya 10-15 minit masa rehat bagi setiap sesi subjek berat dan 5-10 minit rehat bagi subjek ringat.

Pun begitu, setiap tips di atas boleh disesuaikan dengan kemampuan minda dan gaya hidup anda agar anda dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan baik.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

English-K2-Set-1-Pulau-Pinang-2022