TAHAP PENILAIAN DALAM UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

Slide2 4

Seperti para guru sedia maklum, KPM telah mengumumkan peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi menggantikan peperiksaan UPSR dan PT3. Ujian ini dijangka bermula pada minggu ketiga bulan Januari 2023.

Memandangkan ini merupakan sesuatu yang baru, KPM juga telah menetapkan beberapa tahap penilaian yang telah diselidiki dan diobservasi dengan mendalam supaya menepati tahap pendidikan dan pencapaian pelajar serta seiring dengan perjalanan pendidikan di Malaysia.

Terdapat enam jenis tahap pencapaian yang telah disenaraikan sebagai rujukan para pendidik. Berikut adalah tahap penilaian yang telah ditetapkan oleh KPM.

TAHAP PENILAIAN UASA :

  1. TAHAP PENILAIAN 1 (TAHU)

Tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas dan memberi respon terhadap perkara asas.

  1. TAHAP PENILAIAN 2 (TAHU DAN FAHAM)

Menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

  1. TAHAP PENILAIAN 3 (TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT)

Menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi yang ditetapkan.

  1. TAHAP PENILAIAN 4 (TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB)

Melaksanakan kemahiran dengan beradab dan mengikut arahan atau prosedur serta teratur dan sistematik.

  1. TAHAP PENILAIAN 5 (TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI)

Melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur serta kekal positif.

  1. TAHAP PENILAIAN 6 (TAHU, FAHAM, BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI)

Melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur serta kekal positif, kreatif, inovatif dan boleh dijadikan contoh kepada yang lain.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.