Sumbangan Tunai Rahmah : Cara Semakan, Permohonan, Pembayaran Bagi Tahun 2023

Sumbangan Tunai Rahmah : Cara Semakan, Permohonan, Pembayaran Bagi Tahun 2023

Sumbangan Tunai Rahmah : Cara Semakan, Permohonan, Pembayaran Bagi Tahun 2023. Terbaru! Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan tunai kepada rakyat Malaysia.Bantuan tunai tersebut yang akan diberikan ini diberi nama dengan Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

Kini kepada rakyat Malaysia anda boleh membuat akses ke portal dan lain-lain tujuan dalam portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ikuti lebih lanjut dibawah.

Sertai telegram pengumuman dan makluman rasmi kerajaan Malaysia:

telegram us

Sumbangan Tunai Rahmah : Cara Semakan, Permohonan, Pembayaran Bagi Tahun 2023

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Untuk pengetahuan semua,Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatan namanya adalah STR adalah merupakan bantuan dalam bentuk tunai yang diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat. Bantuan ini menggantikan bantuan tunai sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Makluman kepada anda juga, bantuan dalam bentuk tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia yang lalu akan diteruskan dan disegerakan kerana pihak kerajaan perpaduan baharu ini telah mengambil kira beban yang sedang ditanggung rakyat saat ini dan juga untuk keperluan dalam dan luar antaranya contoh akibat bencana musim banjir

Bilaha Tarikh Pembayaran STR 2023?

Dikongsikan juga kepada semua rakyat mengenai tarikh rasmi. Berikut dibawah adalah jadual pembayaran STR 2023 :

Bayaran STR Bagi Fasa 1 :

  • 17 Januari 2023

Berapakah Jumlah Bayaran STR?

Di bawah ini merupakan jadual bayaran BTR 2023 mengikut Fasa dan Kategori :

  • Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300,
  • Manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

sumbangan tunai rahmah str 2023 1 1024x1024 1

Semakan Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2023

Bagaimanakah Saya Boleh Membuat Semakan Pembayaran?

Untuk semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 bersamaan hari Selasa.

Semakan online kini boleh dibuat melalui Portal STR rasmi di pautan berikut:

Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 

Cara Membuat Semakan

PERTAMA SEKALI,LOG MASUK MYSTR

Untuk makluman semua, Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pendaftaran MySTR

  1. Sila klik MySTR dan pastikan no MyKad anda adalah merupakan penerima fasa 1 STR 2023
  2. Sila masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Sila masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Selesai dan pendaftaran anda berjaya

str 1 edit 16146624406911

Semakan Untuk STR Fasa 1

Sebagai panduan anda,Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:

  1. Sila klik ke Log Masuk portal rasmi MySTR
  2. Kemudian,Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Seterusnya,Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Lagi,Masukkan Kata Laluan
  5. Selepas itu,Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Adalah Maklumat yang akan dipaparkan seperti berikut:
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

status str layak fasa 1 edit 16134981155350

Sumbanhan Tunai Rahmah (STR) Penerima Yang Tiada Akaun Bank

Bagi enerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran STR ini pada tarikh yang sama.

Untuk penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat tuntutan di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Makluman Daripada BSN

Pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Bayaran secara tunai pula turut akan dilakukan mulai 17 Januari 2023 (Selasa) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Semakan status kelayakan boleh dibuat melalui:

i) Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my

ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKM melalui talian 1800-88-2747

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR. Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

FB IMG 1673878061792

Bagaimana Saya Boleh Mengemaskini Akaun STR Saya?

Untuk makluman, cara membuat kemaskini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan sahaja :https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Antara Soalan Lazim Mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2023

1.Akaun bank yang saya telah daftarkan semasa BKM 2022 berstatus tidak aktif / tutup, bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 1 yang saya akan terima?

J: Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya
status pengkreditan fasa terakhir BKM 2022 adalah berjaya kredit.
Tuntutan tunai di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status gagal
kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke
Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat
tuntutan bayaran.

2.Sekiranya saya telah diisytiharkan muflis dan akaun yang saya daftarkan sebelum ini telah dibekukan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan
bayaran Fasa 1 STR 2023?

J: Anda perlu merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan
kebenaran membuka akaun / mengaktifkan semula akaun bank sebelum tuntutan bayaran Fasa 1 dibuat.

3.Penerima BKM 2022 telah meninggal dunia pada tahun 2022 tetapi menerima bayaran Fasa 1 STR 2023. Adakah pasangan / waris yang didaftarkan layak menerima bayaran tersebut?

J: Layak. Pasangan / waris yang didaftarkan perlu hadir ke BSN untuk
membuat penunaian dengan membawa dokumen sokongan yang berkaitan seperti di Soalan 15. Walaubagaimanapun, keutamaan
penunaian adalah kepada pasangan. Dokumen pembuktian tambahan seperti dalam jawapan 15 (iv) diperlukan sekiranya pasangan tidak dapat hadir membuat penunaian.

4.Sekiranya penerima dan pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia
pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran Fasa 1 STR 2023?

J: Tidak. Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah
merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan
data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.

5.Sekiranya penerima BKM 2022 bagi kategori Bujang / Warga Emas tiada pasangan telah meninggal dunia pada tahun 2022, adakah waris layak bayaran Fasa 1 STR 2023?

J: Tidak. Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah
merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan
data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.

Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak STR 2023.Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran STR 2023 yang telah diterima?

J: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor
    Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
  2. Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas
    nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan);
    dan
  3. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya

Sertai telegram mengenai inisiatif dan bantuan kerajaan Malaysia:

telegram us

Semak Segera Maklumat Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Anda

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pembayaran khas kepada rakyat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan Tunai Rahmah : Cara Semakan, Permohonan, Pembayaran Bagi Tahun 2023 adalah penting untuk anda bagi memastikan dan memudahkan penerimaan bayaran STR.