SELF TALKING (SPM TRIAL 2022 ADDMATH KELANTAN)

Slide9 1

Pernahkan anda dengar tentang teknik self talking ? Teknik ini seringkali digunakan tanpa kita sedar dalam kehidupan seharian kita. Cuba ingat kembali, pasti ada masa yang anda duduk bersendirian dan bercakap atau bermonolog sendiri sama ada tentang sesuatu, menenangkan diri atau cuba membuat diri anda faham akan sesuatu perkara atau situasi. Teknik ini terlihat agak pelik tetapi ia juga mempunyai peranan besar dalam membantu diri kita untuk memahami sesuatu atau apa-apa situasi.

Admin juga selalu menggunakan teknik ini ketika zaman belajar dahulu terutamanya dalam persiapan untuk membuat pembentangan kelas. Selain mampu menenangkan fikiran dan membantu kita untuk lebih memahami keadaan atau fakta, ia juga mampu membuat kita menghafal dan mengingati isi penting untuk kita gunakan semasa membuat pembentangan.

Admin sarankan pada pelajar, cari sedikit masa terluang, dan cuba gunakan teknik ini. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap seolah-olah kita sedang menerangkan situasi atau sesuatu topik kepada seseorang untuk membuat mereka faham. Sebaliknya, kita sedang menerangkan situasi itu kepada diri kita sendiri. Teknik ini dapat mewujudkan keyakinan dalam diri semasa kita menerangkan sesuatu kerana kita dapat memahaminya dengan baik. Pilih satu subjek dan topik yang agak sukar untuk dikuasai dan cuba gunakan teknik ini.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

KELANTAN-ADD-MATH