PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (SEA TURTLE)

Slide5 5

Setiap haiwan mempunyai kitaran hidup yang hampir sama antara satu sama lain. Apa yang menjadi perbezaan adalah bagaimana ia dilahirkan sama ada beranak atau bertelur. Kitaran hidup mereka dari dilahirkan sehingga menjadi haiwan dewasa dan seterusnya mengulangi kitaran itu adalah sama iaitu :

  1. Beranak/bertelur
  2. Menetas
  3. Menjadi anak (proses pertumbuhan anggota badan/pembesaran)
  4. Menjadi remaja/dewasa
  5. Proses mengawan
  6. Bunting
  7. Dan mengulangi dari fasa satu semula.

Sama juga dengan kitaran hidup penyu laut. Penyu laut yang wujud dan telah direkodkan mempunyai tujuh jenis yang dikenali sebagai flatback, green, hawksbill, leatherback, loggerhead, Kemp’s ridley, dan olive ridley sea turtles.

Penyu dianggap sebagai salah satu reptilian tertua di dunia yang mempunyai badan yang lebar dan dikelilingi oleh cengkerang yang bertindak sebagai pelindung organ dalaman badan mereka. Mereka juga mempunyai empat kaki, satu kepala dan satu ekor. Penyu akan membuat sarang dan bertelur apabila tiba musim bertelur. Penyu betina akan menggali pasir di pantai dan bertelur di sana. Kebiasaannya proses ini berlaku pada musim panas kerana pasir mempunyai suhu optimum untuk pertumbuhan anak-anak penyu. Oleh kerana itulah, pemanasan global turut mempengaruhi penyu laut secara langsung dan tidak langsung.

Ingin ketahui lebih lanjut mengenai kitaran penyu laut? Di sini admin kongsikan kitaran hidup seekor penyu laut untuk guru dan ibu bapa kongsikan dengan anak-anak. Dalam pdf ini bukan sahaja mengandungi maklumat mengenai kitaran hidup penyu laut tetapi juga beberapa latihan yang boleh anak-anak selesaikan bersama bimbingan guru dan ibu bapa.Admin sarankan guru atau ibu bapa untuk cetak pdf ini dan jadikan seperti buku latihan untuk anak-anak lebih mudah melakukan aktiviti yang disediakan.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 MUAT TURUN SEKARANG :