PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (PARTS OF AN APPLE)

Slide7

Pastinya ramai yang sedia maklum tentang kebaikan buah-buahan pada tubuh badan manusia. Bahkan ada pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan “An apple a day, keep the doctor away”. Ini menunjukkan bahawa sekiranya diamalkan dengan betul caranya, tubuh badan kita akan mendapat manfaat yang baik dan menjadikan ia sihat secara semula jadi dan kita akan kurang terdedah pada risiko jatuh sakit.

Hari ini admin akan kongsikan tentang buah epal memandangkan tajuk modul kita kali ini adalah bahagian-bahagian dalam epal. Adakah anda tahu apa manfaat epal?

MANFAAT EPAL PADA TUBUH BADAN MANUSIA :

  1. Epal kaya dengan zat dan berkhasiat dengan kandungan bahan antioksidan, fitonutrien, polifenol, vitamin c, serat dan juga asid ursolik serta bahan mineral.
  2. Kajian mendapati, buah epal dapat mengurangkan risiko penyakit seperti :
  • Barah kolon
  • Barah prostat
  • Barah paru-paru
  1. Buah epal juga baik untuk otak dan kesihatan jantung. Menurut kajian, epal dapat membantu mengawal paras kolestrol agar kandungan kolestrol baik lebih banyak dari kolestrol jahat.
  2. Selain itu juga, epal dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok ekoran kandungannya yang tinggi serat flavonoid dan quercetin.
  3. Epal juga dipercayai dapat membantu mengurangkan berat badan kerana kaya dengan serat. Jika diambil sebelum makan, ia akan membantu membuat kita cepat kenyang dan tidak akan makan dalam kuantiti yang banyak.

Buah epal juga mempunyai jenis-jenis yang berbeza bukan sahaja dari segi warna tetapi juga dari segi rasa. Jom kita belajar lebih lanjut mengenai bahagian dalam epal dan namanya.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :