PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (FROG LIFE CYCLE)

Slide4 6

Setiap haiwan mempunyai kitaran hidup yang hampir sama antara satu sama lain. Apa yang menjadi perbezaan adalah bagaimana ia dilahirkan sama ada beranak atau bertelur. Kitaran hidup mereka dari dilahirkan sehingga menjadi haiwan dewasa dan seterusnya mengulangi kitaran itu adalah sama iaitu :

  1. Beranak/bertelur
  2. Menetas
  3. Menjadi anak (proses pertumbuhan anggota badan/pembesaran)
  4. Menjadi remaja/dewasa
  5. Proses mengawan
  6. Bunting
  7. Dan mengulangi dari fasa satu semula.

Begitu juga kitaran hidup seekor katak. Apabila disebut tentang katak, ramai kanak-kanak yang akan menunjukkan reaksi geli dan tidak suka. Bukan sahaja kanak-kanak, kita yang dewasa pun pasti mempunyai reaksi yang sama. Admin pun sama!

Tetapi, sekiranya dipelajari dengan betul, tajuk kitaran hidup haiwan ini sebenarnya satu tajuk yang sangat menarik dan unik untuk dipelajari. Lebih menarik apabila setiap haiwan ini mempunyai jenis atau kategori yang berbeza seperti beracun dan tidak, beranak dan bertelur serta lainnya.

Di sini admin kongsikan kitaran hidup seekor katak untuk guru dan ibu bapa kongsikan dengan anak-anak. Admin juga sertakan bersama pdf latihan mewarna dan menyusun semula kitaran hidup katak beserta penjelasan ringkas untuk setiap kitaran hidup. Admin sarankan guru atau ibu bapa untuk cetak pdf ini dan jadikan seperti buku latihan untuk anak-anak lebih mudah melakukan aktiviti yang disediakan.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :