PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (DINOSAUR)

Slide1 6

Dinosaur adalah haiwan yang telah lama pupus, pun begitu, ramai-ramai kanak-kanak yang tertarik dengan keunikan dan kehebatan haiwan ini. Disebabkan ia telah pupus, kesempatan untuk mereka melihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai haiwan ini agak terhad. Walaupun haiwan ini telah pupus, ia tidak bererti yang mereka tidak perlu mengetahui dan mempelajari sejarah kewujudan haiwan ini suatu masa dahulu.

Ada pelbagai jenis dinosaur yang terdiri dari haiwan yang memakan daging dan juga tumbuh-tumbuhan. Dinosaur bukan sahaja menarik kerana saiznya yang besar tetapi juga kerana bentuknya yang unik dan setiap darinya mempunyai perbezaan antara satu sama lain yang menjadikan ia istimewa.

Admin kongsikan poster 13 muka surat yang lengkap dengan gambar dan informasi mengenai setiap jenis dinosaur untuk guru dan ibu bapa kongsikan kepada anak-anak. Poster ini boleh dicetak secara berwarna dan dalam saiz A4 untuk memudahkan guru dan ibu bapa memberikannya kepada anak. Ia bukan sahaja boleh dijadikan poster tetapi juga sebagai bahan bacaan atau buku. Guru atau ibu bapa boleh mencetak dan menjadikan ia dalam bentuk buku.

Dalam poster ini mengandungi pelbagai maklumat penting mengenai dinosaur seperti nama, jenis, saiz, tinggi dan berat serta apa yang mereka makan. Ia juga menyatakan mengenai tempoh kewujudan haiwan ini.

Selain dari hanya memberikan poster ini, ibu bapa dan guru juga boleh mencetak poster dinosaur untuk anak-anak warnakan dan minta mereka label atau tulis maklumat penting dinosaur berkenaan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster. Ini pasti menjadi satu aktiviti menarik untuk dilakukan.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :