PERSIAPKAN MINDA SEBELUM PEPERIKSAAN (SPM TRIAL 2022 BI KELANTAN)

Slide4 7

Peperiksaan, adalah satu perkataan yang menceritakan tentang satu aktiviti paling tidak digemari oleh ramai pelajar. Admin pun sama. Tetapi, aktiviti yang satu ini sangat banyak kebaikannya pada pelajar kerana ia bukan sahaja dapat membantu pelajar mengenalpasti potensi diri, kemampuan diri dan keberkesanan apa yang telah dipelajari, tetapi juga ia memainkan peranan dalam menentukan hala tuju seterusnya bagi seorang pelajar.

Walaupun ia terlihat seperti perkataan biasa dan tidak terlalu berat, namun ia sebenarnya membawa satu beban tekanan yang besar bukan sahaja pada pelajar bahkan juga pada para guru dan ibu bapa. Ini kerana seperti admin katakan tadi, ia bakal menentukan hala tuju pelajar tersebut seterusnya.

Oleh itu, admin dengan berbesar hati ingin berkongsi tips mengenai persiapan untuk minda yang boleh anda lakukan sebelum menghadapi peperiksaan sama ada peperiksaan penggal biasa mahupun peperiksaan penting. Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, ia akan dapat mengurankan beban tekanan yang dihadapi oleh pelajar sebelum menduduki peperiksaan.

  1. Masa rehat

Walaupun peperiksaan yang akan dihadapi itu adalah sebuah peperiksaan penting, anda wajib memastikan anda mempunyai masa rehat untuk setiap sesi pembelajaran mahupun sesi ulangkaji. Ini penting bagi memastikan minda anda mempunyai masa untuk bertenang dan memproses data yang diterima dengan baik sebelum mempersiapkan ruang untuk menerima data baru.

 

  1. Masa tidur

Ya! Masa tidur sangat penting kerana tidur yang cukup akan memastikan minda anda cerdas dan badan anda berada dalam keadaan bertenaga untuk menempuh hari yang sangat sibuk dan mencabar. Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, anda akan mengalami kesukaran untuk memberi perhatian terhadap pelajaran dan anda mungkin akan tertidur dalam kelas!

 

  1. Penjagaan emosi

Emosi yang stabil akan memastikan minda juga stabil. Sekiranya anda mempunyai masalah yang tidak dapat anda selesaikan dengan sendiri, jangan merasa berat untuk mencari solusi dengan meminta bantuan guru, ibu bapa atau rakan-rakan. Kestabilan emosi memastikan kestabilan minda untuk memproses informasi dengan baik.

 

  1. Fahami kemampuan diri

Fahamkan kemampuan diri sendiri. Tahu di mana anda perlu berehat, berhenti atau teruskan. Jangan terlalu over push diri sehingga melebihi limit yang membuatkan anda hilang kawalan terhadap diri sendiri. Melakukan sesuatu secara berlebihan juga tidak bagus dan boleh memudaratkan diri.

 

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

Kelantan-BI