PENTINGNYA MENJAGA DIRI DAN PEMAKANAN SEBELUM PEPERIKSAAN (SPM TRIAL 2022 ADDMATH PAHANG)

Slide7 1

Pentingnya menjaga diri dan pemakanan sebelum menghadapi peperiksaan kerana kita memerlukan bukan sahaja minda yang cerdas tetapi juga tubuh badan yang sihat dan kuat. Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan kuat, kita perlulah cakna dengan apa yang badan kita perlu terutamanya dari segi pemakanan dan kesihatan tubuh badan. Badan yang bermasalah akan menunjukkan beberapa tanda-tanda yang sewajarnya diberikan perhatian agar ia tidak berlanjutan dan memudaratkan.

Salah satu cara untuk memastikan badan dalam keadaan yang baik adalah dengan menjaga pemakanan. Makanan yang berkhasiat dapat mencegah badan dari terdedah kepada penyakit kerana kebanyakkan penyakit datangnya dari perut dan sekiranya kita tidak mengambil berat dengan apa yang kita makan, berkemungkinan badan kita akan terdedah kepada beberapa masalah seperti masalah pencernaan, masalah jangkitan kuman pada usus, radang usus dan sebagainya.

Bagaimana untuk menjaga diri dengan baik?

  1. Pastikan anda memperoleh tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup akan memberikan minda dan badan masa untuk berehat dan bertenang.
  2. Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan elakkan dari makan makanan ringan. Minum air dengan mencukupi agar diri kekal terhidrasi.
  3. Ambil masa untuk santapan rohani seperti :
  • Solat fardhu dan solat sunat
  • Membaca Al-Quran
  • Berselawat dan berzikir
  1. Memberikan diri masa untuk berehat dari melakukan apa-apa aktivti berat seperti satu hari dalam seminggu.

 

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

PAHANG-ADD-MATH