MENTALIS MATEMATIK

Slide4 3

Pernahkah anda mendengar tentang belajar matematik menggunakan komik? Ya, komik. Sebenarnya ada banyak komik sekarang yang dihasilkan dengan menyelitkan pembelajaran matematik. Ada juga komik yang mempunyai pembelajaran mata pelajar lain seperti Bahasa melayu, Bahasa inggeris dan sebagainya.

Antara komik yang terkenal dengan pembelajaran matematik adalah komik WHY?. Anda boleh dapatkan komik ini di kedai-kedai buku atau boleh juga dapatkan di link shopee di bawah.

Kenapa terhasilnya komik seperti ini? Kerana dengan cara ini, pelajar bukan sahaja dapat merasa santai dan belajar tanpa tekanan, mereka juga akan lebih mudah tertarik untuk mempelajari subjek berkenaan dengan pendekatan teknik berbeza. Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak dan kartun atau animasi tidak dapat dipisahkan.

Selain itu juga,pendekatan yang digunakan dalam komik ini sangat menarik dan mudah serta terselit hiburan yang pastinya tidak akan membuat anak-anak bosan dalam belajar.

Untuk modul latihan kali ini mengandungi 40 muka surat yang terdiri daripada latihan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi sesuai untuk tahap 1. Memandangkan modul ini mempunyai banyak soalan, guru atau ibu bapa boleh memberikan latihan ini kepada anak-anak secara berperingkat supaya mereka tidak terlalu tertekan.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :