MATEMATIK TAHUN 1 (PANJANG,JISIM,DAN ISIPADU CECAIR)

Slide3 3

Memberikan didikan dari kecil terhadap kanak-kanak mengenai matematik bukan sesuatu yang sukar. Dari seawa usia 3 ke 6 tahun, mereka dalam proses membesar dan sangat tinggi sifat ingin tahu. Untuk permulaan, cukup gunakan sesuatu yang mudah dan senang di dapati seperti apa-apa yang berada dalam rumah.

Ajar mereka mengenal angka 1 hingga 10 menggunakan apa-apa kaedah seperti kad gambar, video atau juga objek. Gunakan permainan mereka sendiri untuk menjadikan ia lebih menarik perhatian. Seterusnya ajar mereka mengenalpasti panjang atau pendek, banyak atau sikit dan besar atau kecil. Ini juga membantu dalam operasi matematik.

Anda boleh gunakan sebiji epal yang dipotong kepada beberapa bahagian untuk mengajar mereka mengira kuantiti dan operasi tambah tolak yang mudah dan ringan. Selain dari epal, gunakan juga objek lain atau makanan lain seperti macaroni, bola, botol dan sebagainya.

Set kan masa beberapa minit dalam satu sesi setiap hari untuk menyelitkan aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat. Dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih seronok dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti pada sesi seterusnya. Mulakan aktiviti ini dari rumah sebelum anak-anak mula mendapatkan pendidikan peringkat seterusnya di sekolah, ini dapat membantu mereka dan memudahkan sesi pembelajaran mereka kelak.

Modul latihan admin kongsikan ini sesuai untuk pelajar tahap 1, membawa tajuk panjang, jisim dan isipadu cecair. Modul ini terdiri daripada 8 muka surat.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :