MANFAATKAN WHATSAPP/TELEGRAM GROUP (SPM TRIAL 2022 ADDMATH SMKA&SABK)

Slide11

Seiring dengan peningkatan penggunaan kemudahan teknologi di kalangan pelajar dan dalam system pendidikan, perkara ini bukan lagi sesuatu yang baru. Admin yakin, pasti ramai di antara anda yang mempunyai lebih dari sepuluh kumpulan whatsapp atau telegram untuk pembelajaran dan itu adalah sesuatu yang sangat memberansangkan sekiranya dimanfaatkan dengan betul.

Manfaatkan kelebihan kumpulan ini dengan mewujudkan sesi ulangkaji online bersama rakan-rakan anda. Berikan tugasan setiap seorang untuk membuat penerangan dan sesi soal jawab untuk setiap topik dalam satu subjek. Lakukan ini setiap hari untuk mempelajari satu subjek.

Pelajari yang akan membuat pembentangan dibenarkan menggunakan apa-apa bentuk pembentangan sama ada animasi video, imej atau audio mahupun panggilan video. Pastikan teknik yang digunakan itu selamat, jelas dan mudah untuk difahami oleh rakan-rakan lain. Sekiranya anda dapat memahami topik tersebut dengan mudah, silakan untuk meneruskan ke topik yang lainnya.

Pastikan anda sama-sama membantu rakan-rakan lain yang mengalami kesukaran untuk memahami topik yang dibincangkan agar tiada pelajar yang tercicir dari pelajaran.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

SMKA-SABK-ADD-MATH