LATIHAN PRA SEKOLAH/TAHAP 1 : SALIN SEMULA SET 2

Slide4 2

Menjadi pendidik anak-anak pra sekolah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan memandangkan pada usia ini, mereka masih dalam proses menerima dan mengenal pasti persekitaran serta sangat sensitive pada perubahan. Sekiranya guru dan ibu bapa tidak memainkan peranan penting bersama, untuk mencapai tahap yang memuaskan dalam membantu tumbesaran anak-anak amatlah sukar.

Ada beberapa teknik dan cara yang boleh digunakan oleh guru pra sekolah dalam membantu proses penerimaan pelajar terhadap suasana baru dan juga memudahkan murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Cuba wujudkan hari kostum satu hari dalam sebulan. Guru boleh menggunakan pelbagai konsep costum berbeza setiap bulan contohnya, bulan January, kostum cita-cita saya, untuk bulan February pula, kostum yang melambangkan anggota berunifom atau sebagainya.

Sekiranya hari kostum agak sukar untuk dilakukan, guru boleh meminta pelajar membawa satu mainan kegemaran mereka ke kelas. Pilih satu hari dalam satu bulan untuk jadikan hari bercerita. Minta mereka bercerita tentang mainan yang mereka pilih.

Di sini juga admin kongsikan modul latihan yang boleh guru gunakan dalam proses pembelajaran.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :