LATIHAN PRA SEKOLAH/TAHAP 1 : LATIHAN MENULIS

Slide2 2

Menjadi pendidik anak-anak pra sekolah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan memandangkan pada usia ini, mereka masih dalam proses menerima dan mengenal pasti persekitaran serta sangat sensitive pada perubahan. Sekiranya guru dan ibu bapa tidak memainkan peranan penting bersama, untuk mencapai tahap yang memuaskan dalam membantu tumbesaran anak-anak amatlah sukar.

Ada beberapa teknik dan cara yang boleh digunakan oleh guru pra sekolah dalam membantu proses penerimaan pelajar terhadap suasana baru dan juga memudahkan murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Untuk permulaan, guru boleh hadir ke sekolah dengan berpakaian menarik. Berpakaian menarik bukanlah bermaksud menonjol tetapi menarik dari segi warna dan juga dekorasi pakaian. Berpenampilan menarik tetapi santai sangat membantu dalam mewujudkan suasana yang selesa pada murid untuk tanggapan pertama.

Sekiranya guru memakai pelitup muka, pilih pelitup muka yang mempunyai corak dan warna yang menarik. Selain itu juga, guru boleh membiasakan memakai aksesori yang unik dan menarik perhatian murid seperti kaca mata yang fancy atau memakai tiara plastic berkilauan dan juga cekak rambut arnab atau apa-apa yang menarik perhatian mereka.

Guru juga perlu mengingati nama murid dan cuba untuk mengingati apa warna/aktiviti/buku atau lagu kegemaran mereka. Ini bukan sahaja dapat menarik perhatian mereka tetapi juga akan membuat mereka rasa lebih selesa dan rapat dengan guru.

Di sini juga admin kongsikan modul latihan yang boleh guru gunakan dalam proses pembelajaran.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :