Kanak-kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas

Kanak-kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas
ORANG awam sedang memberikan bantuan pernafasan kepada kanak-kanak yang ditemukan lemas dalam salah kolam dewasa di Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling.

Kanak-kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Hari ini ada ini berkongsi berita yang menyayatkan hati kita semua iaitu kanak-kanak lemas di kolam pusat rekreasi air panas, kes kejadian terjadi di baling Kedah ikuti berita di bawah.

BALING – Seorang kanak-kanak perempuan kecil yang berusia lima tahun telah meninggal dunia akibat lemas di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa bersama keluarga tiba di pusat rekreasi tersebut pada pukul 8 malam, kelmarin untuk beriadah di situ.

“Pada awalnya mangsa mandi di ruang kolam kanak-kanak sebelum dia dikatakan hilang daripada pandangan keluarga.

“Ahli keluarga terus mencarinya di sekitar kawasan kolam, tetapi gagal menemuinya,” katanya di sini hari ini.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti info-info kerjaya terbaru bantuan kerajaan dan maklumat-maklumat penting daripada kerajaan anda boleh ikuti telegram maklumat terpantas di bawah:

telegram us

Kanak-kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa bersama keluarga tiba di pusat rekreasi tersebut pada pukul 8 malam, kelmarin untuk beriadah di situ

Kata beliau, mangsa ditemui oleh seorang pengunjung yang sedang mandi di kolam dewasa kira-kira 15 minit kemudian.

“Mangsa dibawa keluar dari kolam dewasa dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan (CPR).

“Waris seterusnya menghubungi pihak Hospital Daerah Baling sebelum mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” ujarnya.

Menurutnya, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital sebelum kematiannya disahkan pada pukul 11.20 malam.

“Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada semalam dan punca kematian adalah disebabkan lemas,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Saya ingin menasihatkan masyarakat khususnya ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Baca juga:

Bas Persiaran Terbakar Di Plaza Tol UPM

Murid Hadiahkan Cikgu Udang Besar Bawa Masuk Dalam Kelas

Kes disiasat di bawah Seksyen Akta Kanak-Kanak

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada Hospital Daerah Baling yang memaklumkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia.

Daripada hasil siasatan, kejadian kira-kira pukul 8 malam pada Sabtu lalu itu berlaku selepas kanak-kanak terbabit berada di kawasan tersebut bersama ahli keluarganya bagi tujuan riadah.

“Pada awalnya, mangsa mandi di ruangan kolam kanak-kanak, namun kemudian dia hilang daripada pandangan dan warisnya gagal mencari mangsa di sekitar kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsudin berkata, kira-kira 15 minit kemudian, kanak-kanak tersebut dijumpai oleh pengunjung yang sedang mandi di salah satu ruangan kolam dewasa.

“Kanak-kanak tersebut dibawa keluar dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bantuan awal pernafasan (CPR) diberikan dan waris menghubungi hospital sebelum ambulan membawanya ke unit kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital pada pukul 11.20 malam dan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mengesahkan punca kematian disebabkan lemas.

  • “Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu mana-mana individu yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak yang mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
  • “Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Justeru, Shamsudin menasihati masyarakat khususnya ibu bapa yang berkunjung ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak supaya tidak berulang kejadian tidak diingini pada masa akan datang. –UTUSAN

Tips Keselamatan Ketika Mandi

Aktiviti main air atau berenang merupakan antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak-kanak bila cuti.

Aktiviti ini dapat memberi kegembiraan dan keseronokan kepada kanak-kanak dan anak-anak kerana air bersifat terapuitik yang menjadi terapi menghilangkan tekanan serta kebosanan dalam kalangan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, kemalangan atau kecelakaan boleh berlaku di tempat main air jika aspek-aspek keselamatan tidak dititikberatkan sepanjang aktviti main air dijalankan.

Maka, setiap ibubapa mahupun penjaga perlu membuat persediaan senarai semak keselamatan semasa aktiviti main air dijalankan bagi memastikan kanak-kanak seronok beraktiviti dalam persekitaran fizikal dan emosi yang selamat.

1. Air yang bersih dan selamat

Ibubapa perlu memastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak keruh dan dijauhi daripada najis binatang. Pastikan air sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jejentik yang boleh menjejaskan kesihatan anak anak.

2. Peralatan main air yang selamat

Peralatan main air yang digunakan perlulah bersih, tahan lama, tidak berkarat, tidak tajam dan tidak mudah rosak seperti pelampung, google, gayung dan apa sahaja yang boleh digunakan, disesuaikan dan dimanfaatkan dalam aktiviti main air. Ini penting bagi memastikan anak-anak dapat meneroka segala bahan dan peralatan main air yang selamat dalam persekitaran yang selamat dan meyakinkan.

3. Kedalaman air yang cetek

Kedalaman air yang digunakan untuk aktiviti main air perlulah cetek dan bersesuaian dengan tahap umur anak kita. Ingat! Membiarkan kanak-kanak dan anak-anak mandi di kolam renang yang mempunyai kedalaman air yang tidak bersesuaian boleh mengundang risiko lemas. Air walaupun pada kadar 2.5sm boleh menyebabkan risiko lemas.

4. Suhu air yang bersesuaian

Ibubapa bertanggungjawab memastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air tidak terlalu panas kerana dikhuatiri boleh melecur atau terlalu sejuk juga boleh menyebabkan ana anak mengalami hipotermia.

5. Pakaian yang sesuai

Guru perlu memastikan anak-anak memakai pakaian mandi yang sesuai, selesa dan selamat semasa aktiviti main air. Elakkan kanak-kanak memakai pakaian yang boleh menyekat pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti main air bagi mengelak risiko kemalangan.

6. Pemantauan ibubapa

Pastikan ruang aktiviti bermain air adalah dalam ruang lingkup yang boleh dipantau dan dalam kawalan ibubapa. Ibubapa bertanggungjawab untuk memantau aktiviti anak-anak sepanjang bermain air. Elakkan membiarkan anak-anak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan ibubapa.

7. Penerapan disiplin dan nilai murni

Anak-anak perlu didedahkan tentang keselamatan melalui disipin dengan bantuan kita(ibubapa). Jelaskan pada anak-anak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini. Terapkan nilai murni seperti kesabaran, tunggu giliran dan bekerjasama semasa aktiviti main air dijalankan.

Sumber:Nur Akmar arif

Takziah Kepada Ahli Keluarga 

Admin mendoakan supaya jenazah adik ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para para solihin dan juga kepada keluarga Beliau tabah dan kuat untuk menghadapi ujian Allah subhanahu wataala ini dengan penuh keredhaan Allah kalau kita doakan yang Allah jadikan akan bagi kebaikan lebih besar kepada kita insya-allah. Samalah kita doakan untuk Kanak-kanak Lemas Di Kolam Pusat Rekreasi Air Panas.