Hukum Salam Kaut Di Majlis Walimah Urus

 

Hukum Salam Kaut Di Majlis Walimah Urus

Hukum Salam Kaut Di Majlis Walimah Urus.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh Hari ini admin ingin berkongsi satu isu yang besar akan dihadapi oleh semua rakyat Malaysia yang terutama sekali ialah yang beragama islam lagi-lagi yang akan membina rumah tangga.

Isu ini selalu menjadi isu yang panas dan hangat apabila diadakan majlis walimatulurus maka timbullah satu permasalahan iaitu apakah hukum Salam kaut yang telah terjadi kebiasaan dan adab di tempat kita jom kita lihat permasalahan hukum ini di bawah

Kepada sesiapa yang berminat ingin mengetahui info-info berkaitan dengan bantuan kerjaya maklumat kerajaan anda boleh ikuti telegram kami:

telegram us

Hukum Salam Kaut Di Majlis Walimah Urus

Ramai orang tertanya-tanya apakah hukum salam kaut di majlis walimatulurus di sini admin ingin berkongsikan satu post di fb  ustaz Abu Usamah lihat di bawah

Ustaz, mohon penjelasan berkenaan dengan “ngele/ngelan” atau “salam kaut” ( tetamu memberi duit kepada pengantin atau keluarga pengantin pada hari kenduri kahwin).

Sebab saya pernah mendengar video seorang ustaz yang berpendapat “ngele/ngelan” ini hukumnya haram. Sedangkan ramai masyarakat kita melakukan perkara tersebut pada hari kenduri perkahwinan.

Andai kata haram, bagaimanakah cara yang sebetulnya untuk kita sumbangkan sedikit duit kepada pengantin atau keluarganya untuk mengembirakan mereka atau untuk meringankan bebanan mereka?

Bagaimanakah pula tindakan yang sepatutnya kita buat terhadap duit yang kita telah terima sebelum ini?

Mohon sangat-sangat pencerahan daripada Ustaz. Semoga Allah Taala memberi ganjaran kepada Ustaz.

JAWAPAN

1. Ngele/ngelan/salam kaut, bukanlah suatu perkara baru, bahkan ia adalah suatu yang pernah dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam sebelum ini lagi. Buktinya adalah perkara ini disebut dalam kitab-kitab fiqh turath.

2. Hukum Ngele/ngelan/salam kaut adalah harus kerana tidak ada dalil yang melarangnya, bahkan ia termasuk dalam adat yang baik yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat kita untuk memasukkan kegembiraan dalam hati pengantin atau keluarganya melalui pemberian tersebut serta dapat meringankan sedikit bebanan mereka, dan juga dapat menguatkan lagi hubungan kasih sayang antara mereka melalui pemberian tersebut.

Rasulullah ﷺ bersabda :

تهادُوْا تحابُّوا

” Hendaknya kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling berkasih sayang”.

( HR al-Bukhari dalam Adabul Mufrad)

3. Namun apa yang berlaku perselisihan dikalangan ulama fiqh adalah pemberian tersebut itu dikira sebagai hutang yang mesti dibayar semula atau dikira sebagai sebuah pemberian (hadiah) yang tidak mesti dibayar semula.

Didalam kitab حاشية الشرواني على التحفة 5/45 ada menjelaskan:

عبارة الإيعاب مع العباب فرع النقوط المعتاد فيما بين الناس في الأفراح كالختان والنكاح وهو أن يجمع صاحب الفرح الناس لأكل أو نحوه ثم يقوم إنسان فيعطيه كل من الحاضرين ما يليق به فإذا استوعبهم أعطى ذلك لذي الفرح الذي حضر الناس لأجل إعطائه إما لكونه سبق له مثله وإما لقصد ابتداء معروف معه ليكافئه بمثله إذا وقع له نظيره أفتى النجم البالسي والأزرق اليمني أنه أي بأنه كالقرض الضمني وحينئذ يطلبه هو أي المعطي أو وارثه وأفتى السراج البلقيني القائل في حقه جماعة من الأئمة أنه بلغ درجة الاجتهاد بخلافه فقال لا رجوع به وهو الذي يتجه ترجيحه لعدم مسوغ للرجوع واعتياد المجازاة به وطلبه ممن لم يجاز به لا يقتضي رجوعا عند عدم الصيغة التي تصيره قرضا ا هـ شرح العباب.

” Ibarat dalam kitab al-‘ii’aab bersama dengan kitab al-‘ubab. Far’un. pemberian yang menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat didalam majlis berkhatan, perkahwinan, iaitu tuan majlis mengumpulkan orang ramai untuk makan atau sebagainya, kemudian seseorang bangun dan setiap orang yang hadir memberi kepadanya apa yang selayak, kemudian apabila kesemua pemberian itu telah terkumpul, diberikan kesemuanya kepada tuan majlis yang para tetamu datang untuk memberi pemberian itu kepadanya, yang mana pemberian itu adakalanya diberikan kerana untuk membalas semula pemberian yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini, dan adakalanya ia adalah permulaan pemberian yang diberikan dengan harapan akan dibalas pula kepadanya nanti dalam majlisnya pula. Telah berfatwa oleh an-Najm al-Balisiy dan Al-Azrak al-Yamaniy bahawa pemberian itu adalah seperti hutang secara tersirat ( Hutang pada hukum), justeru pemberi itu atau ahli warisnya berhak untuk membuat tuntutan balasan daripada penerima. Manakala imam al-Bulqiniy yang telah sampai kepada martabat mujtahid sebagaimana yang diperkatakan oleh sekumpulan ulama, beliau berpendapat sebaliknya, beliau berpendapat tidak boleh dituntut kembali balasan terhadap apa yang telah diberikan itu, kerana tidak ada alasan yang membenarkan untuk menuntut kembali. manakala kebiasaan ada balasan disebabkan pemberian tersebut dan ada tuntutan daripada orang yang tidak membuat balasan, ia bukanlah bererti sebagai rujuk kembali pada ketika tidak ada lafaz yang menjadikannya sebagai hutang…”

4. Syekh Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullah dalam kitab تحفة المحتاج 5/45 cenderung kepada pemberian tersebut dikirakan sebagai hibah. Kata beliau :

والذي يتجه في النقوط المعتاد في الأفراح أنه هبة ولا أثر للعرف فيه لاضطرابه ما لم يقل خذه مثلا وينوي القرض ويصدق في نية ذلك هو أو وارثه..

” Pendapat yang dinilai kuat tentang pemberian yang menjadi kebiasaan diberikan dalam majlis-majlis tertentu adalah dikirakan sebagai hibah. Uruf tidak dapat mempengaruhinya kerana ketidak jelasannya, selama mana dia tidak melafazkan ambillah ini serta dia berniat sebagai hutang. Dan dibenarkan (dipercayai) dia atau warisnya pada niat itu.”

KESIMPULAN

Hukum tetamu memberi duit kepada pengantin atau keluarga pengantin pada hari kenduri perkahwinan adalah dibolehkan.

Tidak betul pendapat yang mengharamkannya kerana tidak ada dalil yang mengharamkan.

Pemberian tersebut dikirakan sebagai hibah atau hadiah untuk meringankan bebanan pengantin atau keluarganya.

والله أعلم بالصواب

وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات

FB:Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin

Dan juga kami Kongsikan pandangan dari ustaz famous di negara kita iaitu Ustaz Azhar Idrus

Baca juga:

Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 202

Budak Tiktok Gelabah Seasoning Ada Pork

Perkara Perlu Dielakkan Semasa Di Majlis Walimah 

7 Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Menghadiri Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan adalah majlis yang sangat dinanti-nantikan oleh pasangan yang akan bernikah. Di situ, sahabat handai yang sudah lama tidak berjumpa serta saudara mara yang jauh di mata akan berkumpul untuk meraikan hari bahagia pengantin.

Kita sedia maklum bahawa memenuhi jemputan undangan perkahwinan adalah suatu yang menjadi kemestian jika tidak ada halangan. Namun, perlu diingatkan bahawa ada beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika anda menghadiri sesebuah majlis perkahwinan.

  • – Membazir Makanan

Elakkan mengambil makanan terlalu banyak sehingga membazir dan akhirnya dibuang begitu sahaja. Sekalipun makanan yang dihidangkan banyak dan berbagai jenis, ambil lah dalam kuantiti sedikit terlebih dahulu, dan tambah kemudian jika anda mahukannya lagi.

Ingatlah juga pada orang lain yang turut dijemput. Sikap anda yang prihatin mungkin dapat mengelakkan daripada makanan tidak cukup di penghujung majlis.

  • – Datang Lewat Ke Majlis

Elakkan daripada datang terlalu lewat ke majlis sehingga membuatkan pihak pengantin terpaksa menunggu kedatangan anda atas alasan ‘meraikan jemputan dari jauh’. Mereka sudah pasti penat melayan tetamu sepanjang hari, jadi elakkan mereka daripada menunggu lebih lama lagi. Rancang perjalanan anda dengan baik supaya dapat hadir dalam tempoh waktu yang sudah diperuntukkan.

  • – Membuat Bising/Kecoh Di Majlis

Majlis perkahwinan sememangnya tempat untuk meraikan hari bahagia pengantin. Sekalipun anda mungkin teman rapat kepada mereka, elakkan membuat bising dan terlalu ‘kecoh’ di majlis. Hormati ahli keluarga dan juga teman-teman lain pengantin yang hadir.

  • – Memberi Hadiah ‘Prank’

Selalunya apabila menghadiri majlis, para tetamu akan membawa hadiah buat pengantin atau memberi wang. Elakkan daripada memberi hadiah ‘prank’ yang tidak sesuai atau yang dapat memalukan pengantin.

Majlis perkahwinan bukan lagi seperti sambutan hari jadi yang pernah anda raikan buat mereka ketika sama-sama masih bujang. Bertindak lah dengan matang dan jangan memperlakukan ia sewenang-wenangnya.

  • – Menyusahkan Perjalanan Majlis

Jika anda sudah ditugaskan melakukan sesuatu sewaktu majlis berlangsung, contohnya menjadi juru acara majlis, membawakan barang keperluan majlis, menjadi saksi majlis akad nikah dan sebagainya – usahakanlah untuk hadir awal bagi memudahkan urusan majlis. Kelambatan anda mungkin akan melambatkan urusan lain dan mengundang rasa tidak selesa pengantin dan pihak yang terlibat.

  • – Elakkan Menjadi Bridesmaid Yang Berat Tulang

Tugas bridesmaid bukan hanya untuk berdamping dengan pengantin ketika bergambar. Apabila anda diundang sebagai bridesmaid ke majlis perkahwinan, ketahuilah tugas anda adalah untuk meringankan tugas dan beban pengantin.

Jadilah lebih prihatin dengan keperluan pengantin, keperluan ahli keluarga serta tetamu yang datang. Anda boleh membantu mengangkat barang, menjadi ‘runner’ untuk mendapatkan apa-apa yang diperlukan dan lain-lain.

  • – Komen Majlis Secara Berlebihan

Setiap majlis yang dihadiri sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya, tidak kira daripada sudut makanan, kemudahan, dan lain-lain. Elakkan daripada memberi komen secara terbuka dan berlebih-lebihan tentang majlis tersebut sehingga didengari oleh pengantin atau keluarga mereka.

Majlis kenduri adalah tempat untuk kita datang meraikan hari bahagia mereka dan bukan semata-mata untuk melayan tetamu sahaja.

Kesimpulan

Peliharalah tatacara dan tindak tanduk ketika menghadiri majlis perkahwinan, tidak kira ia majlis ahli keluarga sendiri, sahabat rapat atau saudara mara yang jauh. Sesungguhnya dengan usaha kecil yang kita lakukan di atas, ia sebenarnya mampu membantu majlis berjalan dengan lebih lancar.

Sumber:Tzzk.com

Semoga Perkongsian Bermanfaat 

Semoga pembaca mendapat dengan rahmat Allah subhanahu wa Ta’ala selalu dan juga semoga Allah memberikan kefahaman yang baik kepada kita Dalam memahami Hukum Salam Kaut Di Majlis Walimah Urus.