Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023

Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina

Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023. Negara Malaysia terdapat kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa menjadikan Malaysia sebuah negara yang sangat unik. Hidup di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama menjadikan masyarakat Malaysia sentiasa bertimbang-rasa, bertolak ansur serta menghormati antara satu sama lain.

Bersempena Tahun Baru Cina 2023 pada kali ini, suka ingin kami kongsikan pada ruangan Sistem Guru Online kali ini mengenai hukum menyambut Tahun Baru Cina bagi masyarakat Islam di Malaysia dengan mengubah tajuk kepada “Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina”.

Kami berkongsi mengikut dari kerangka syara’ sama ada Islam membenarkannya ataupun tidak serta pengenalan berkenaan dengan sejarah sambutan Tahun Baru Cina dan yang berkaitan dengannya. Semoga dengan perkongsian pencerahan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kita kefahaman dalam beragama dengan mengangkat nilai kemasyarakatan dan sosial dalam kehidupan seharian kita ini.

Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023

Setiap tahun, Malaysia tidak akan terlepas dalam meraikan perayaan sempena Tahun Baru Cina dan lain-lain perayaan yang ada dalam negara kita. Kaum Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina kita faham dan tidak campur tangan dalam urusan agama dan kepercayaan mereka. Persoalannya, bolehkah umat Islam sambut perayaan yang lain seperti Tahun Baru Cina ini? Apa hukum sambut tahun baru cina?

  • Sejarah Tahun Baru Cina
  • Bagaimana Masyarakat Cina Menyambut Tahun Baru Mereka
  • Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
  • Yee Sang (Mengajukan Ucap Selamat Demi Kemakmuran/Prosperity Toss)
  • Maksud ‘Gong Xi Fa Cal’

Layari telegram rasmi Sistem Guru Online untuk saluran terpantas info dan maklumat terkini yang diupdate dari semasa ke semasa

telegram us

Ucap Dan Sambut Perayaan Cina

Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah terperinci mengenal sejarah sambutan Tahun Baru Cina tidak dapat ditentukan secara pasti namun apabila melihat kepada versi-versi cerita yang ada, terdapat sebuah kisah yang selalu diceritakan mengenai asal-usul sambutan tahun baru ini.

lanya bermula dengan ketakutan penduduk sebuah kampung yang selalu diburu oleh seekor makhluk mistik yang akan memakan mereka. Dipendekkan cerita terdapat seorang tua yang mencadangkan agar membuat bising dengan bunyi-bunyian seperti pukulan gendang, membakar mercun serta menggantung kertas berwarna merah dan juga menampalkannya pada tingkap rumah kerana dipercayai makhluk itu amat takutkan warna merah dan juga bunyi bising. Cadangan orang tua itu berhasil dan makhluk tersebut melarikan diri dan meraikan kemenangan penduduk kampung itu, maka ianya telah sinonim dengan meraikan tahun baru pada ketika itu.

Secara hakikatnya, sambutan Tahun Baru Cina adalah demi menyambut tahun baru bagi masyarakat Cina mengikut kalendar mereka. Mengikut kalendar Cina, setiap tahun akan diwakili dengan satu zodiak halwan yang mana pada tahun ini (2016), jatuh pada tahun monyet. Bagi masyarakat Cina, setiap tahun mempunyai kelebihannya yang tersediri berdasarkan zodiak haiwan kalendar Cina. Sambutan Tahun Barl Cina akan berterusan selama 15 hari dan pada hari yang ke lima belas merupakan perayaan pesta tanglung

Bagaimana Masyarakat Cina Menyambut Tahun Baru Mereka

Sambutan tahun baru bagi masyarakat Cina adalah sambutan perayaan yang terbesar bagi mereka. Pada waktu inilah akan berkumpulnya sanak- saudara ahli keluarga untuk menyambutnya bersama-sama. Antara amalan serta adat yang berkaitan bagi menyambut tahun baru dapatlah disenaraikan secara ringkas seperti berikut:

  • Ahli keluarga akan membersihkan rumah dan menurut kepercayaan masyarakat Cina ianya bagi menghilangkan hantu dan juga sial.
  • Makan malam bersama pada malam sambutan tahun baru adalah perkara yang sangat penting.
  • Sampul merah (hong bao di dalam bahasa Mandarin/ang pow di dalam bahasa Hokkien) akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan oleh pasangan yang sudah berkahwin.
  • Warna merah bagi melambangkan nasib dan juga masa hadapan yang baik: Dekorasi rumah juga akan dihiasi dengan hiasan-hiasan yang berwarna merah.
  • Memakan mee yang panjang dengan kepercayaan bahawa semakin panjang mee yang dimakan, semakin panjang umur yang bakal dinikmati. Jika mahu umur yang panjang, jangan dipotong mee tersebut.
  • Memakai pakaian yang berwarna merah dan mengelak dari memakai pakaian berwarna hitam.

Pandangan Islam Menyambut Perayaan Cina

Yee Sang (Mengajukan Ucap Selamat Demi Kemakmuran/Prosperity Toss)

Di Malaysia mahupun Singapura, masyarakat Cina amat sinonim dengan Yee Sang iaitu satu upacara makan bersama yang diadakan bagi mengucapkan kemakmuran. Uniknya Yee Sang ini adalah apabila ianya hanya popular bagi masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura dan tidak pula di tanah besar China, Hong Kong dan juga Taiwan

Yee Sang atau disebut juga Yusheng adalah sebuah hidangan yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia, la dihidangkan dengan mencampurkan tujuh jenis warna yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur- sayuran dan aneka sos serta ramuan lain.

Dari kaca mata Islam, makanan yang halal lagi baik maka tidak ada halangan baginya untuk dimakan. Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah: 168)

Melihat kepada amalan ini, ianya lebih kepada adat dan tidak ada sangkut pautnya dengan permasalahan akidah dan harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ini selama mana makanan yang dihidangkan halal dan tidak ada perkaitannya dengan permasalahan akidah baik dari segi ucapan mahupun iktikad terhadap upacara tersebut. Begitu juga selama mana tidak ada unsur-unsur maksiat dalam upacara tersebut.

Maksud ‘Gong Xi Fa Cai

“Gong xi fa cal” (Tulisan Cina Tradisional: Tulisan Cina Ringkas, pinyin: göngxi fácái; Bahasa Kantonis (Yale): günghel faatchoih: bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hi hoat-chai; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai “Tahniah dan semoga mendapat rezeki”. Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan “Selamat tahun baru mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk). Melihat kepada maksudnya ini, ianya jelas tidak bermasalah dan tidak bercanggah dengan akidah Islam malah ianya satu ucapan yang amat baik dan melambangkan perpaduan yang erat sesama kita.

Perhatian, segala maklumat dan info yang telah dikongsikan diatas adalah merujuk kepada Laman Rasmi Page Mufti Wilayah, anda boleh ke halaman tersebut untuk mengetahui lebih lanjut.

Islam Dan Perayaan Cina

Semoga dengan perkongsian Hukum Orang Islam Ucap Selamat Menyambut Perayaan Cina 2023 ini dapat diberikan kefahaman yang bai kkepada kita semua. Jangan lupa kongsikan info kepada rakan-rakan.