Halloween Dalam Buku Teks Sekolah Darjah 1 Isinya Merisaukan

 

Halloween Dalam Buku Teks Sekolah Darjah 1 Isinya Merisaukan

Halloween Dalam Buku Teks Sekolah Darjah 1, Isinya Merisaukan. Perayaan adalah satu perkara yang disambut oleh masyarakat tidak kiralah sama ada ia dari pelbagai agama, bangsa, budaya. Dan perayaan juga adalah satu perkara yang disambut dengan kegembiraan terutama menyambut bersama mereka yang kita sayangi iaitu keluarga.

Dalam Islam, menyambut perayaan adalah diharuskan, justeru itu Agama Islam menyediakan perayaan untuk orang islam meraikan kegembiraan selepas 1 bulan berperang menentang hawa nafsu dalam bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, dan perayaan yang disambut oleh umat islam adalah perayaan Aidilfitri. Selain dari perayaan Aidilfitri, umat islam menyambut perayaan dengan mengorbankan binatang yang halal dimakan dengan menyembelihnya di mana perayaan ia digelar dengan Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha.

Oleh itu, perayaan sebegini amatlah memberikan kegembiraan, kesenangan serta indahnya Agama Islam ini dimana tidak menghalang untuk penganutnya berhibur asalkan menepati garis panduan yang ditetapkan syarak.

Ikuti Telegram Rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info dan maklumat isu semasa yang sentiasa diupdate dari semasa ke semasa.

telegram us

Halloween Dalam Buku Teks Sekolah Darjah 1, Isinya Merisaukan

Dalam Agama Islam juga menyentuh mengenai pendidikan. Dan pendidikan di sekolah, sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah tidak dapat tidak mesti bersumberkan utama ilmu iaitu buku. Buku adalah keutamaan asas ilmu dalam pendidikan dalam membentuk pelajar-pelajar sekolah untuk di masa hadapan mereka terutama pelajar yang masih kanak-kanak.

Sekarang adalah zaman yang penuh kemodenan, dan ajaran dari agama lain sedikit demi sedikit telah memasuki minda pelajar-pelajar sekolah dari pelbagai sudut. Dan antaranya yang boleh didapati jalur-jalur yang dimasuki dengan dakyah kefahaman agama lain :

  • Media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan lain-lain
  • Buku pelajaran sekolah
  • Keadaan sekitar

Halloween Dalam Buku Teks Sekolah Darjah 1

Dalam satu halaman facebook dari seorang akak dikenali dengan nama Beyla Nani di facebooknya telah berkongsi mengenai satu buku teks yang telah diupload di halaman utama facebook beliau dengan title utama yang beliau highlight kan “HALLOWEEN ADA DLM BUKU TEKS ANAK ANDA SEAWAL DARJAH 1”

IMG 20221231 003019 138
Sumber rujukan Facebook Beyla Nayni

Dalam halaman facebook beliau, jelas menunjukkan bahawa buku teks yang dikongsikan tersebut adalah buku teks sekolah seawal darjah 1 yang mana ia jelas dan terang dibawah lambang Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini adalah perkara yang perlu dititikberatkan sebab ia melibatkan minda pemikiran anak-anak yang sedang tumbuh membesar bahkan kanak-kanak lebih cepat belajar berbanding mereka yang dah berusia.

Isi yang dibawa dalam buku tersebut menampilkan tentang perayaan Halloween. Inilah sebenarnya yang Agama Islam ingin dedahkan dan tekankan kepada umat islam mengenai perayaan agama lain bahawa amat penting untuk umat islam sedar bahawa mengikuti ajaran agama lain adalah diharamkan dalam Agama Islam kerana ia melibatkan akidah umat islam walaupun tidak diniatkan untuk mengiyakan ajaran agama tersebut.

Kini boleh dilihat, bagaimana dakyah ajaran perayaan agama lain dimasukkan secara halus melalui buku teks sekolah dan yang paling merisaukan adalah buku teks kanak-kanak. Lihat beberapa isinya yang dikongsikan oleh Beyla Nani.

IMG 20221231 003027 696 IMG 20221231 003028 866 IMG 20221231 003031 132

Disini baca juga ada beberapa info dan maklumat dari kerajaan, sila rujuk link yang disediakan di bawah:

  1. Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2023
  2. KWSP Benarkan 8 Pengeluaran Khas Mengikut Syarat | Rujuk Syarat Tahun 2023
  3. Makluman : Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji Tahun Ini | Tarikh Surat Tawaran Haji, Rayuan & Kriteria Kesihatan!
  4. Makluman : PERCUMA Bantuan Bil Air Dilanjutkan 2024 | Sila Semak Kelayakan Anda!
  5. Tanpa Kabel, Lelaki Ini Kongsi Tips Rahsia Beliau Lulus 2 Temuduga Jawatan SPA & SPP

Halloween Dalam Buku Teks Sekolah Darjah 1

Apakah Itu Perayaan Halloween?

Perayaan Halloween adalah merupakan perayaan yang mana ia disambut pada tarikh 30 Oktober bagi setiap tahun sempena untuk memperingati orang-orang yang telah meninggalkan dunia. Halloween juga boleh disebut dengan nama Hallowe’en dan perayaan ini juga boleh disebut dengan nama sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.

Untuk pengetahuan anda, perkataan Halloween/Hallowe’en ia muncul sejak dalam tahun 1745M serta agama kristian ini dikatakan telah memulakan penggunaannya. Perkataan halloween ini  bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan ia dikatakan juga berasal daripada bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan mereka merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme untuk sempena musim menuai yang mereka lakukan.

Bagaimanakah Cara Sambutan Halloween Ini?

Perayaan Halloween ini ia disambut dengan kebanyakan negara yang bukan Islam semenjak pada 30 Oktober lagi pada setiap tahun. Perayaan ini selalunya ia disambut pada waktu malam serta dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan dengan meminta gula-gula atau coklat sambil berkata “Trick or treat!”. Ucapan “Trick or treat!” merupakan berupa “ugutan” yang dibawa maksud “Beri kami (gula-gula) atau kami akan buat kacau.”

Kanak-kanak di zaman sekarang selalunya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi sebarang apa-apa. Setengah kanak-kanak ini mereka masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut iaitu dengan cara “menghiasi” pohon atau pokok yang ada di hadapan rumah dengan melemparkan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Perayaan Halloween juga biasanya boleh ia dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos serta menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Perayaan Halloween ini juga ia disambut dengan cara ia menghiasi rumah serta pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Agama Islam Dan Perayaan Halloween 

Apakah Hukum Umat Islam Menyambut Perayaan Halloween Ini?

Berdasarkan sumber rujukan dari laman web rasmi kerajaan Mufti Wilayah, dikatakan di sini bahawa hukum menyambut perayaan Halloween adalah haram di sisi Agama Islam. Ini kerana mengikut kajian sejarah, dimana ia didapati bahawa perayaan agama ini adalah merupakan syiar bagi setengah penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.

Rasulullah SAW telahpun melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

 

Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. Riwayat Abu Daud (4031)

Oleh itu, berdasarkan hadis yang telah dikemukakan di atas maka jelaslah bahawa seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dimana dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

Disini lebih details mengenai hukum menyambut Perayaan Halloween di sisi Agama Islam, lihat dan klik link yang kami sediakan untuk lebih jelas dan terang kefahaman hukum Perayaan Halloween Mufti Wilayah Hukum Menyambut Perayaan Halloween.

Semoga, Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat isu buku teks sekolah yang telah menyerap jarum halus mengenai Halloween kerna ia melibatkan isu akidah umat Islam terutama yang masih kanak-kanak di mana mereka adalah penyambung pejuang Agama Islam.

Semoga Allah sentiasa memberikan kita kefahaman agama dengan baik