GUNAKAN TEKNIK SQ3R (SURVEY,QUESTION,READ,RECITE,REVIEW) (SPM TRIAL 2022 BI KEDAH)

Slide3 7

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik SQ3R? Adakah anda pernah mendengar atau membaca mengenai teknik ini di mana-mana? Jom ketahui apa yang dimaksudkan dengan teknik SQ3R dan apakah manfaatnya kepada pelajar.

SQ3R adalah teknik pembelajaran yang melibatkan pembacaan aktif untuk membantu pelajar memahami dan menguasai sesuatu topik atau mata pelajaran. Berikut adalah penerangan SQ3R :

  • S : survey

Survey membawa maksud anda perlu membuat imbasan terhadap semua gambarajah, kata kunci dan carta yang terdapat dalam bahagian penting sesuatu topik yang sedang dipelajari. Berikan tumpuan terhadap hasil dari pembelajaran yang disenaraikan di awal topik kerana anda perlu mencapai “hasil” tersebut bagi membuktikan keberkesanan pembacaan dan survey yang dilakukan.

 

  • Q : question

Wujudkan persoalan untuk setiap perkara yang anda dapat daripada survey tersebut dan cuba cari jawapan kepada persoalan itu. Ini akan membantu anda untuk lebih memahami dengan mendalam.

 

  • R : read

Baca topik yang dipelajari dengan perasaan mendalam ingin menjawab soalan-soalan yang anda senaraikan sebelum ini. Pastikan anda mendapat jawapan anda dalam langkah ini.

 

  • R : recite

Ulangi jawapan yang anda dapat itu secara lisan dan mana-mana maklumat penting yang berkaitan.

 

  • R : review

Review semula semua langkah di atas agar matlamat yang tersenarai dalam “hasil pembelajaran” telah dicapai dengan jayanya.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

Kedah-BI