FORMAT PENTAKSIRAN UASA SEKOLAH MENENGAH

Slide4 4

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambahbaik system pendidikan dengan meningkatkan usaha pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau PBS bermula tahun 2021. Usaha ini memfokuskan kepada perkembangan dan pencapaian pelajar, peningkatan dalam autonomi sekolah, dan mengiktiraf profesionalisme guru.

Ujian ini adalaj ujian yang dijalankan di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada PBS sumatif di akhir sesi persekolahan atau akademik. Ujian ini bukan bertindak sebagai penilaian pusat atau membandingkan prestasi murid tetapi sebaliknya bertujuan untuk menguji tahap kognitif pelajar tanpa wujud sebarang perbandingan.

Antara matlamat penting ujian ini adalah untuk membuat penilaian terhadap pelajar melalui kemahiran intelektual atau kognitif, dan tentang penguasaan mereka dalam setiap mata pelajaran yang telah dipelajari melalui ujian bertulis sepenuhnya.

Oleh itu, pihak KPM telah menyediakan sebuah buku yang mengandungi format pentaksiran sebagai panduan dan rujukan kepada para guru dalam proses membuat persiapan dan penyediaan kertas soalan peperiksaan untuk ujian ini kelak. Format ini disediakan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah serta mengikut mata pelajaran yang telah disenaraikan dalam peperiksaan.

Berikut adalah format pentaksiran peperiksaan UASA bagi sekolah menengah :

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.