Himpunan Divider Mingguan RPH 2023

Himpunan Divider Mingguan RPH 2023 [Download Disini]
Himpunan Divider Mingguan RPH 2023 [Download Disini]

Himpunan Divider Mingguan RPH 2023 [Download Disini]. Musim persekolahan bakal menjelang tiba kini guru-guru perlu membuat persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan tahun 2023/2024 tidak lama lagi.

Dengan berbaki beberapa hari lagi sebelum memasuki tahun 2023, pada tahun guru-guru Kami selaku website pendidikan ‘nombor satu Malaysia’ sudah menjadi kebiasaan website kami menjadi rujukan oleh mana-mana guru. Untuk persediaan memasuki tahun baru sekali menyediakan beberapa bahan dan fail-fail yang penting untuk memudahkan urusan para guru.

Sedap telegram sistem guru online untuk mendapatkan info terkini mengenai bahan-bahan pelajaran berapa berapa maklumat tambahan mengenai pengajaran kepada ibubapa dan guru-guru:

telegram us

Divider Mingguan RPH 2023 Hijau [Download Disini]

Bagaimana Dengan Persediaan Guru-Guru?

Selepas lama bercuti dan tidak mengajar, pastinya guru-guru merindui akan mengajar anak-anak murid di sekolah. Sebelum membuat sesi pengajaran di sekolah kebiasaannya guru-guru akan membuat persiapan dari segi pelbagai peringkat ke peringkat.

Antara penyediaan yang perlu untuk guru adalah membuat persiapan bagi menyusun perancangan RPH bagi tahun 2023. Sistem Guru OnlineĀ  banyak memudahkan urusan para guru dalam mendapatkan bahan-bahan berkaitan dengan RPH. Melalui Sistem Guru online kami menyediakan lebih dan update semasa mengenai bahan-bahan pembelajaran sekolah.

Dapatkan Divider Mingguan RPH 2023 ,Percuma Download Disini!

Jangan tunggu lagi kepada guru-guru anda boleh dapatkan bahan-bahan secara percuma di sini. Anda boleh mendapatkan idea bagaimana untuk membuat kemasan dalam penyedian rancangan pengajaran harian. Kami boleh bantu anda untuk meringankan tugas-tugas perkeranian anda semampu mungkin.

Download Himpunan Divider Mingguan RPH 2023 Bagi Negeri A Dan Negeri B

Berita baik kepada guru-guru ada boleh dapatkan bahan secara percuma melalui kami jaga disediakan khas kepada anda. Kini disediakan kepada anda adalah divder mingguan RPH bagi tahun 2023 yang berwarna Hijau bersesuaian dengan kehendak anda bagi dua negeri mengikut takwim akademik iaitu negeri A dan Negeri B.

Usah berlengah! Download percuma sahaja dibawah:

IMG 20230101 100101

Warna Hijau

Divider Mingguan RPH 2023 Warna Hijau Negeri A

Divider Mingguan RPH 2023 Warna Hijau Negeri B

Baca juga :

IMG 20230101 100037

Warna Unggu

Divider Mingguan RPH 2023 Warna Pink Negeri A

Divider Mingguan RPH 2023 Warna Pink Negeri B

Jom sertai telegram rasmi sistem guru online! Untuk dapatkan bahan pengajaran dan informasi terkini. Sertai segera:

telegram us

Persediaan Guru Tahun Baharu 2023

Kita sudah memasuki tahun baru iaitu tahun 2023, sini sebagai seorang guru tahun baru sinonim dengan permulaan pelajaran baru kepada murid-murid. Guru-guru yang dikasihi sekalian, kerjaya mengajar memerlukan penelitian dan persediaan yang rapi bagi memastikan matlamat pengajaran tercapai. Sebagai seorang guru mestilah seorang yang peka akan persekitaran dalam bidang pekerjaan selaku pegawai perkhidmatan pendidikan di bawah kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan itu, ramai guru yang tertanya-tanya apakah yang perlu dilakukan dan perlu diambil kira bagi membuat persediaan pengajaran lagi-lagi bagi permulaan tahun baru. Di sini admin kongsikan kepada para guru mengenai persediaan yang perlu guru cakna dan ada beberapa persediaan yang guru terlepas pandang.

1. Guru Mestilah Menguasai Ilmu

Seorang guru mestilah mahir dan cekap dalam penguasaan ilmu. Ilmu yang dipelajari perlu diterapkan dan dipermudahkan mengikut kepahaman taraf anak-anak. Guru boleh mengajar dan membahagi faham mengikut murid murid di dalam kelas dengan pendekatan yang tersendiri. Contohnya jika anda seorang guru yang mengajar dalam subjek matematik, sebelum anda menjadi seorang guru mestilah anda merupakan seorang yang mahir dah pakar dalam pengiraan matematik. Masakan tidak anda tidak reti apa-apa tapi anda boleh mengajar kepada anak-anak sekolah.

Oleh itu, seorang guru mestilah wajib memahami dan menguasai ilmu yang bakal disampaikan kepada anak murid. Corak lah anak murid dengan acuan tersendiri dan mudah untuk difahami dan diterima oleh anak murid.

2.Seorang Guru Mestilah Mengenal Murid

Guru Mestilah menyampaikan pengajaran dengan baik dalam masa yang sama guru Mestilah mengenal murid satu persatu bagi memastikan matlamat pengajaran iaitu untuk memahami tercapai. Mengenai mengenal seorang murid bukanlah sahaja mengenal nama murid semata tetapi mengenal ke psikologi murid itu bagaimana. Selain itu, guru mestilah mengenalpasti punca masalah jika salah seorang murid tidak dapat memahami apa yang telah disampaikan dan apa yang masalah dia hadapi dan seorang guru perlu mencari jalan penyelesaian.

Contohnya situasi apabila seseorang murid yang tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru kerana tidak dapat faham bagaimana cara untuk membundarkan nombor di dalam subjek matematik. Sebagai seorang guru perlu menjadi seorang yang bijak dengan menyampaikan sesuai dengan kefahaman seorang murid yang tidak faham bagaimana cara untuk membundarkan nombor. Guru boleh menggunakan pendekatan dengan mengambil inisiatif melalui pengajaran cara teknik yang berbeza sebelum ini agar dapat memastikan murid itu memahami lebih mendalam.

Dalam hal pengajaran guru juga perlu mengambil faktor tahap umur bagi mengukuh kepahaman seseorang murid.

3. Membuat Persiapan Dalam Pengurusan Bilik Darjah.

Bagi memastikan proses pengajaran berjalan lancar, tuan guru boleh membuat persiapan dalam pengurusan bilik darjah melalui penerapan benda-benda yang ada di dalam bilik darjah. Sebagai contoh guru-guru boleh menyusun semula keadaan kelas seandainya kelas tersebut tidak menepati atau menyukarkan proses pengajaran seseorang guru.

Penelitian terhadap perkakas yang hendak digunakan semasa proses pengajaran juga perlu guru merapikan dan membuat penelitian agar masalah yang remeh-temeh ini tidak mengganggu sedikitpun proses pengajaran seseorang guru.

Selain itu, guru boleh membuat penelitian yang lebih rapi sebagai contoh jika seorang murid yang besar duduk di hadapan dan ia menghalangi pandangan seorang murid yang kecil di belakangnya, guru itu sewajarnya mengalihkan pelajar yang menghalang pandangan orang di belakang meletakkan di bahagian belakang kelas.

4.Menguasai Kemahiran Starategi Pengajaran.

Di dalam kerjaya sebagai seorang pengajar kenalah menjadi seorang yang bijak dan serba boleh bagi memastikan matlamat untuk memahamkan seorang murid tercapai. Guru boleh mencuba pelbagai cara agar dapat memahamkan pelajaran kepada murid-murid di sekolah.

Penerapan mengenai penguasaan kemahiran dalam strategi pengajaran adalah sesuatu yang penting dan merupakan aset yang diutamakan dalam bidang pengajaran. Ini adalah kerana strategi perlu digunapakai kerana ianya akan memberi lebih variasi dalam pengajaran anda.

Seorang guru boleh menterjemahkan cara pengajaran melalui strategi profesional dan strategi kasih-sayang. Melalui strategi penerapan profesional seorang guru dapat merancang memilih tajuk atau menyusun fakta dengan mengambil langkah-langkah pengajaran melalui pembinaan soalan dan sebagainya.

Melalui strategi kasih sayang pula, seorang guru boleh menggunakan kaedah melalui pendekatan sebagai ibu bapa atau keluarga kepada anak-anak kita seperti menolong bermesra dengan menggunakan bahasa isyarat dan bahasa badan yang baik dan menasihati murid-murid dengan hati yang murni. Cara-cara tersebut boleh diguna untuk mencapai matlamat di dalam pengajaran.