DEKORASI KELAS : POSTER JENIS-JENIS GARISAN (SAIZ A4) PRINTABLE

Slide2 5

Dekorasi bilik darjah bukan sahaja penting untuk keceriaan dan kebersihan serta kecantikan, tetapi juga ia memainkan peranan dalam proses pembelajaran serta dapat mewujudkan suasana yang tenteram dan menarik perhatian pelajar untuk terus berada dalam bilik darjah tanpa merasa bosan dan tertekan.

Selain dari pemilihan warna cat dan tema perhiasan, poster juga memainkan peranan dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang tenang tetapi masih mempunyai perkongsian ilmu.

Bagi memastikan kanak-kanak merasa tertarik dan bersemangat untuk hadir ke sekolah dan belajar, guru perlu memainkan peranan penting. Guru bukan sekadar perlu mewujudkan daya tarikan dari segi mental dan emosi, bahkan juga dari segi fizikal dan visual. Suasana bilik darjah yang selesa, bersih, cantik dan kemas juga sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi yang stabil dalam diri kanak-kanak.

Di sini admin kongsikan poster jenis-jenis garisan bersaiz A4 yang guru boleh cetak dan tampalkan di bilik darjah. Poster jenis-jenis garisan ini memaparkan pelbagai jenis garisan yang berbeza dan dapat membantu murid mengenalpasti jenis garisan. Guru boleh mengajak anak murid untuk sama-sama menampal poster ini.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :