DEKORASI KELAS : POSTER CLASSROOM RULES (SAIZ A4) PRINTABLE & EDITABLE

Slide5 4

Peraturan dalam bilik darjah ada banyak dan bukan mudah untuk memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru. Setiap sekolah, bilik darjah, mempunyai peraturan tertentu yang adakalanya berbeza dari sekolah lain. Peraturan adalah sesuatu yang kurang menyeronokkan tetapi perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan dan kebaikan persekitaran dan sesiapa yang berada dalam persekitaran itu.

Di sini admin kongsikan poster peraturan bilik darjah untuk kemudahan guru. Poster ini adalah editable dan printable bagi memudahkan guru menukar atau menambah peraturan yang bersesuaian dengan bilik darjah dan sekolah.

Daripada menampal poster peraturan yang hanya menyatakan senarai peraturan semata-mata, guru boleh menggunakan poster ini yang telah direka dengan kreatif dan menarik untuk menjadikan pernyataan peraturan itu lebih menarik dan kurang tekanan.

Selain menjadi hiasan dalam bilik darjah, ia juga dapat membantu murid untuk lebih memahami peraturan yang dinyatakan dan memastikan mereka dapat mengingatinya dengan baik. Peraturan bukan untuk memberikan tekanan tetapi untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan yang terkawal.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :