AKADEMIK ATAU KOKURIKULUM? MANA YANG WAJAR DIUTAMAKAN? (SPM TRIAL 2022 BI TERENGGANU)

Slide5 6

Tidak dinafikan, ada sesetengah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aktiviti sama ada akademik mahupun kokurikulum. Ada juga di antara mereka yang lebih cenderung ke dalam aktiviti kokurikulum berbanding akademik seperti menjadi atlet sukan sekolah, menjadi ahli badan beruniform yang aktif dan menjadi ahli kelab kreatif dan teknologi yang sangat menyerlah. Pun begitu, amatlah disarankan dan dinasihatkan agar pelajar mengimbangi masa yang diluangkan terhadap aktiviti akademik dan kokurikulum sekolah.

Bagi pelajar yang tidak mempunyai peperiksaan penting, tidak menjadi masalah untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti sukan, badan beruniform mahupun kelab dan persatuan. Ini kerana mereka masih mempunyai masa untuk memastikan kedua-dua aktiviti ini berada dalam kawalan.

Lain pula bagi pelajar yang mempunyai peperiksaan penting menanti di penghujung sesi akademik. Walaupun ada institusi pengajian tinggi yang turut mengambil kira pencapaian aktiviti kokurikulum, pencapaian akademik masih menjadi tiang utama dalam pemilihan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi. Oleh itu, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia, amat dinasihatkan untuk membahagikan masa dengan baik dalam memastikan kedua-dua aktiviti ini tidak terlalu melalaikan dari satu sama lain atau tidak terlalu menarik perhatian dari yang sepatutnya.

Bagi memastikan pencapaian dari segi akademik tidak terganggu, pelajar dinasihatkan memperuntukkan sekurang-kurangnya lima ke enam jam sehari untuk sesi ulangkaji pelajaran. Ini tidak termasuk dalam masa yang diluangkan dalam sesi pembelajaran di sekolah.

Di sini admin kongsikan koleksi soalan percubaan spm 2022 untuk kegunaan pelajar mengulangkaji pelajaran atau membuat latih tubi sebagai persiapan menghadapi peperiksaan spm yang bakal menjelang tidak lama lagi. Admin juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga anda semua dapat membuat yang terbaik.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

Terengganu-BI