Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

108 LATIHAN BINA AYAT BERDASARKAN KATA KERJA BERGAMBAR

Slide1 1

Kata kerja adalah perkataan yang menggambarkan sebuah situasi yang menunjukkan suatu perilaku atau aktiviti. Kata kerja juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tidak transitif. Kata kerja transitif membawa maksud kepada perbuatan atau perilaku melampau manakala kata kerja tidak transitif pula membawa maksud perbuatan atau perilaku yang tidak melampau.

Kata kerja transitif adalah kata kerja yang menggambarkan segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada sesuatu yang lain iaitu objek. Untuk membina ayat kata kerja transitif, perlu disambut oleh objek. Kata kerja ini juga biasanya akan mempunyai imbuhan “me-“ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan yang digunakan contohnya seperti memberi, mengambil, membacakan, mendermakan, menduduki dan sebagainya.

CONTOH KATA KERJA TRANSITIF :

Pembuat : Ahmad

Kata kerja : Baca/Membaca

Objek : Buku

Ayat : Ahmad sedang membaca buku

Seterusnya adalah kata kerja tidak transitif. Kata kerja jenis ini adalah kata kerja yang boleh berdiri sendiri atau dalam erti kata lain, kata kerja yang tidak memerlukan bantuan objek untuk menjadi satu ayat. Kata kerja tidak transitif ada yang berbentuk asal, tidak perlu ditambah imbuhan dan ada juga yang perlu berimbuhan seperti ber-,men-,ter-,ber..an, dan sebagainya.

Di sini admin kongsikan latihan bina ayat berdasarkan kata kerja bergambar. Modul ini mempunyai 108 soalan latihan yang mudah dan menarik untuk para pelajar. Dengan penerangan dan bimbingan yang betul, pelajar pasti dapat menyiapkannya dalam masa yang singkat.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

 

MUAT TURUN SEKARANG :

Anda Mungkin Meminati