KOLEKSI LATIH TUBI SEJARAH SPM 2022 (QUIZ 6 HINGGA 10)

LATIH TUBI SEJ SET 6 10

Ramai di kalangan pelajar yang berpendapat subjek Sejarah agak sukar untuk difahami memandangkan ia mempunyai banyak tarikh penting dan peristiwa penting serta fakta yang perlu diingati dan difahami situasi serta kesannya pada generasi dahulu juga kini. Pun begitu, subjek ini mengandungi daya tarikannya yang tersendiri dan hanya mereka yang dapat memahami isi awal subjek akan mendapati ia adalah subjek yang menyeronokkan.

Oleh itu, subjek ini telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan awal yang sewajarnya sebelum mendalami dengan lebih baik sejarah penubuhan sesuatu negara serta peristiwa penting yang telah berlaku demi membentuk sebuah negara yang makmur dan berjaya.

Sekiranya pelajar mengenalpasti teknik yang bersesuaian, mereka pasti dapat menguasai dan skor dengan lebih mudah dalam peperiksaan. Sejarah bukan sahaja berasaskan fakta semata-mata, ia juga membawa sebuah cerita yang sangat penting dan besar peranannya dalam sesuatu peristiwa. Cari titik penting dalam setiap peristiwa bagi memudahkan pelajar untuk mengingati tarikh dan peristiwa yang berlaku dalam sejarah. Sediakan sebuah buku nota kecil untuk mencatatkan peristiwa penting, tarikh, lokasi dan titik penting atau key point.

Di sini admin kongsikan, koleki latih tubi subjek sejarah yang boleh digunakan sebagai bahan ulang kaji untuk persiapan menjelang peperiksaan SPM 2022. Dengan latih tubi ini, pelajar dapat mengenal pasti soalan-soalan ramalan dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih bersemangat.

Admin juga ingin memberi sedikit pesanan kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan, sentiasa peka dengan masa dan gunakan masa yang diberi dengan sepenuhnya. Abaikan perkara yang tidak berkaitan dan focus pada menjawab soalan. Hargai dan manfaatkan sebaik mungkin peluang dan setiap saat yang diberikan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat mendatangkan manfaat dan dapat membantu para guru, ibu bapa serta pelajar dalam menuntut ilmu demi menjamin masa depan yang lebih gemilang. Silakan kongsi artikel ini bersama rakan-rakan lain juga ya. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.

MUAT TURUN :