MUAT TURUN NOTA GRAMMAR BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH (BHG 2)

bi 2

Bukan suatu hal yang mudah untuk pelajar menguasai Bahasa selain dari Bahasa Ibunda. Pun begitu, sekiranya diberikan tunjuk ajar yang betul dari usia muda, ia tidak akan menjadi satu masalah. Sepertimana mempelajari Bahasa melayu, ada pelbagai kosa kata dan tatabahasa yang berbeza, begitu juga dengan Bahasa Inggeris.

Mulakan dengan pembelajaran asas kepada tatabahasa Bahasa Inggeris supaya pelajar dapat memahami kosa kata yang perkataan dengan mudah sebelum berpindah ke peringkat yang seterusnya.

Inginkan tips untuk latih pelajar berbahasa Inggeris dengan mudah? Pastinya ada! Admin kongsikan bersama anda bukan sahaja tips tetapi juga koleksi NOTA GRAMMAR BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH yang boleh anda muat turun dan gunakan semasa sesi pembelajaran.

TIPS PENULISAN BAHASA INGGERIS :-

  1. Tetapkan tempoh masa tertentu dan berapa patah perkataan untuk menulis teks berbahasa inggeris, tidak menjadi salah jika adik-adik hanya menyalin semula teks tersebut dari sumber lain.
  2. Fahami teks yang ditulis, tandakan perkataan yang tidak difahami atau perkataan baru dan buat kotak kamus mini di bahagian bawah teks.
  3. Bina ayat mudah berdasarkan perkataan yang baru dipelajari itu.
  4. Latih diri untuk cuba menulis teks sendiri. Adik-adik boleh jadikan gambar sebagai sumber untuk membuat ayat.
  5. Perbanyakkan membaca teks Bahasa inggeris untuk lebih mudah memahami dan menulis dalam Bahasa inggeris.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.

MUAT TURUN NOTA GRAMMAR BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH (BHG 2) :-