MUAT TURUN NOTA GRAMMAR BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH (BHG 1)

BI

Bukan suatu hal yang mudah untuk pelajar menguasai Bahasa selain dari Bahasa Ibunda. Pun begitu, sekiranya diberikan tunjuk ajar yang betul dari usia muda, ia tidak akan menjadi satu masalah. Sepertimana mempelajari Bahasa melayu, ada pelbagai kosa kata dan tatabahasa yang berbeza, begitu juga dengan Bahasa Inggeris.

Mulakan dengan pembelajaran asas kepada tatabahasa Bahasa Inggeris supaya pelajar dapat memahami kosa kata yang perkataan dengan mudah sebelum berpindah ke peringkat yang seterusnya.

Inginkan tips untuk latih pelajar berbahasa Inggeris dengan mudah? Pastinya ada! Admin kongsikan bersama anda bukan sahaja tips tetapi juga koleksi NOTA GRAMMAR BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH yang boleh anda muat turun dan gunakan semasa sesi pembelajaran.

TIPS BIJAK BAHASA INGGERIS :-

  1. Untuk peringkat awal, boleh latih pelajar untuk mengenalpasti objek-objek penting di persekitaran kita dalam Bahasa Inggeris, seperti book, pen, pencil, water, flower, apple dan sebagainya. Ajar mereka untuk eja dan sebut perkataan itu serta tugaskan mereka untuk label pada objek yang betul.
  2. Bila pelajar sudah pandai membaca, guru dan ibubapa juga boleh perbanyakkan bahan bacaan untuk sesi Reading Comprehension melalui kisah-kisah dongeng atau artikel pendek yang menarik contohnya artikel mengenai haiwan, permainan dan sebagainya.
  3. Biasakan pelajar untuk sentiasa membawa pocket book atau buku mini yang boleh dijadikan sebagai kamus mini atau mini vocab. Tugaskan mereka untuk menulis apa sahaja perkataan Bahasa Inggeris yang baru mereka jumpa atau dengar dan cuba cari maksudnya bersama-sama.
  4. Broken English is FINE! Tidak mengapa sekiranya mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris namun masih banyak kesalahan, betulkan dengan cara yang baik dan minta mereka praktikkan selalu.
  5. MINI JOURNAL – Juga sangat membantu. Satu hari satu ayat hingga menjadi satu hari satu perenggan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan proses para guru memberi tunjuk ajar kepada anak murid serta dapat membantu murid memahami dengan lebih pantas dan senang sesuatu topik yang dipelajari. Ikut kami di T.me/sistemguruonline untuk koleksi bahan bantu mengajar yang terkini. Terima kasih.

MUAT TURUN NOTA GRAMMAR BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH (BHG 1) :-