Pilih murid dengan lebih adil dan seronok menggunakan Wheel of Names

 

Wheel of Names

Pilih murid dengan lebih adil dan seronok menggunakan Wheel of Names. Perkongsian daripada admin diteruskan lagi. Pada kali ini, admin kongsikan salah satu aplikasi yang boleh menjadikan aktiviti PdPc kita lebih menarik.
Admin mendapat info bermanfaat ini menerusi perkongsian daripada Cikgu Ahmad Fadhirul Fitri (terima kasih cikgu!).
 
Nak jadikan acara cabutan bertuah atau aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)  lebih menarik dan mendebarkan?
 
71469985 2782409401771670 597341474547302400 n
 
Boleh gunakan aplikasi Random Picker Wheel melalui web wheelofnames.com. Jimat tak perlu nak print nombor lagi.Hanya paparkan pada layar skrin melalui projector.
 
71072961 2782409478438329 1916539060311031808 n
 
Klik pada wheel dan nama akan dipilih secara automatik! Aplikasi wheelofnames.com ini adalah salah satu aplikasi yang terbaik yang membantu kita dalam memilih nama secara rawak.

 

71173636 2782409548438322 1241781616297115648 n

Cara Menggunakan Wheel of Names

Langkah 1

Klik pada link: https://wheelofnames.com/
 
cats

Langkah 2

Masukkan nama murid dan WheelofNames.com akan memasukkannya secara automatik dalam roda bulatan tersebut.
 
cats
 

Langkah 3

Klik atau TEKAN pada roda bulatan tersebut untuk membuat pemilihan nama secara rawak.

 
image

 

Aplikasi ini sesuai kita gunakan sekiranya untuk mendapatkan maklum balas daripada murid secara rawak dan menyeronokkan. Murid-murid admin pun suka akan penggunaan aplikasi seperti ini dalam PdPc.
 
Sekian perkongsian ringkas daripada admin dan Cikgu Ahmad Fadhirul Fitri.
 
Kredit: Cikgu Ahmad Fadhirul Fitri
Kredit Gambar: Berita Harian

 

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Pilih murid dengan lebih adil dan seronok menggunakan Wheel of Names dapat membantu guru-guru dalam menjadikan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dengan lebih menarik. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.