Teks Pengacara Majlis Mesyuarat PIBG Free Download Dan Boleh Edit Di Sini!

teks pibg

Teks Pengacara Majlis Mesyuarat PIBG Free Download Boleh Edit Di Sini. Mesyuarat PIBG merupakan acara majlis yang penting di sekolah. Melalui Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) akan memacu sesebuah sekolah ke arah yang lebih teratur dan sistematik. Oleh itu, Majlis mesyuarat PIBG yang diadakan di sekolah mestilah berbentuk formal dan mempunyai agenda setiap kali majlis yang diadakan.

Untuk memudahkan urusan para guru dalam membuat persiapan bagi mengacara majlis mesyuarat PIBG di sekolah, kami dari Sistem Guru Online menyediakan beberapa bahan yang diperlukan oleh guru-guru samaada dalam urusan rasmi sekolah, bahan pengajaran sekolah rendah dan menengah, kami juga ada menyediakan beberapa format atau tatacara dalam apa-apa urusan/aktivit melibatkan sekolah. Bagi mendapatkan Teks Pengacara Majlis Mesyuarat PIBG secara percuma, anda boleh ikuti dibawah.

Teks Pengacara Majlis Mesyuarat PIBG Free Download Dan Boleh Edit

Khas kepada guru yang memerlukan dan membuat persiapan bagi mengacara majlis mesyuarat PIBG, kami menyediakan kepada anda Teks Pengacara Majlis Mesyuarat PIBG Free Download Dan Boleh Edit Secara Percuma.

Untuk dapatkan bahan tersebut, anda boleh “Muat Turun” kandungan bahan tersebut didalam file berbentuk PDF :

Teks Pengacara Majlis Mesyuarat PIBG Free Download

Untuk para guru sekalian, jikalau anda mempunyai beberapa permintaan atau request beberapa bahan pengajaran. Anda boleh merujuk dan membuat carian di telegram rasmi kami Sistem Guru Online > https://telegram.me/sistemguruonline

Tip-Tip Mengacara Majlis Rasmi Dengan Baik

Bagaimanakah mengacara suatu majlis rasmi dengan baik? Disini kami sediakan “Tip-Tip Mengacara Majlis Rasmi Dengan Baik”.

Tahu Tatacara Panggilan Hormat Yang Betul

Pengacara perlu tahu siapa tetamu-tetamu kehormat yang akan datang,anda patut dapatkan nama penuh dan apa juga pangkat dan gelaran yang ada.Pengacara mestilah siap sedia dengan satu senarai lengkap, penuh dengan gelaran, pangkat serta jawatan tetamu tersebut. Periksa kembali senarai tetamu apabila majlis hampir bermula. Dan untuk peringatan,tidak perlu ucap selamat kepada mereka yang tidak hadir.

Mesti Ketahui  Tujuan Dan Sebab Majlis Diadakan

Sebaik Pengacara membuka mulut untuk memulakan majlis, pengacara perlu faham tentang tujuan majlis diadakan, bukan sekadar tajuk majlis sahaja. Pengacara mesti faham mengapa ianya diadakan, dan kenapa tetamu kehormat yang dijemput itu perlu hadir – relevannya dia dengan majlis tersebut. Tujuan memahami mengenai Majlis adalah untuk memastikan acara selari dengan tujuan sebenar majlis meskipun pengacara merupakan jemputan sambilan sahaja.

Elakkan Berpakaian Terlalu Menyerlah Daripada Tetamu

Apabila anda menjadi pengacara majlis, anda harus tahu bahawa anda sebenarnya bekerja di belakang tabir, maka oleh itu, tidak perlulah terlalu melawa atau berpakaian terlalu menyerlah. Cukup mengikut protokol majlis dan memastikan acara bergerak selari dengan tujuan Majlis.

Mesti Mengetahui Susur Alur Majlis

Anda perlu pastikan anda faham perjalanan majlis yang diadakan mengikut turutan. Catitkan siapa yang bertanggungjawab bagi setiap turutan acara itu. Tujuannya adalah untuk memastikan acara majlis mengikut protokol majlis rasmi.

Pengacara Disaran Akhiri Sesuatu Dengan Senyuman Dan Ucapan Terima Kasih

Berterima kasihlah kepada tetamu yang sanggup mendengar kata-kata anda di pentas. Berterima kasihlah kepada tetamu yang sudi hadir. Berterima kasihlah pada mereka yang telah menjalankan tugasan dengan baik agar majlis berjalan sempurna. Dengan mengucapakan penghargaan pada akhir majlis akan memastikan majlis ditutup dengan sempurna.

Majlis PIBG Sekolah, Pemacu Hala Tuju Sekolah

Guru-guru yang akan mengacarakan majlis PIBG hendaklah menjalankan dengan baik untuk memastikan majlis penting antara ibu bapa dan guru mendapat sokongan dan kata sepakat dalam perbincangan mengenai urusan persekolahan anak-anak.