HIMPUNAN TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU l PERCUMA DOWNLOAD DAN BOLEH DIEDIT!

teks pengacara majlis

HIMPUNAN TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU l PERCUMA DOWNLOAD DAN BOLEH DIEDIT! . Bulan Mei merupakan bulan sambutan hari guru. Dalam usaha menghargai jasa seorang guru, dunia telah mengadakan sambutan hari guru. Guru merupakan insan yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara. Pengorbanan mereka amatlah besar dalam mendidik, mengajar dan melatih anak-anak dari kecil sehingga remaja untuk menjadi seorang baik budi pekertinya.

Sumbangan mereka amatlah besar kerana merekalah masyarakat memiliki daya berfikir, membaca dan menulis hasil ihsan dan kasih sayang seorang guru yang mencurahkan bakti tanpa memikirkan penat lelah diri sendiri.

Sinonim dengan hari guru, setiap sekolah akan mengadakan majlis sambutan hari guru. Dalam memastikan program sambutan hari guru berjalan lancar dan majlisnya kelihatan formal, pengacara perlu memainkan peranan penting. Disini dari kami Sistem Guru Online, Membawakan khas kepada anda Himpunan Teks Ucapan Sempena Hari Guru Secara Percuma Dan Boleh Diedit Teksnya. Anda boleh ikutinya dibawah.

HIMPUNAN TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU l PERCUMA DOWNLOAD DAN BOLEH DIEDIT!

Pengacara majlis bingung tercari-cari idea atau teks bagi ucapan sempena hari guru? Disini kami sediakan kepada anda himpunan teks pengacara majlis harib guru. Anda boleh menggunakan teks pengacara kami yang mudah dan spontan untuk memeriahkan sambutan majlis hari guru di sekolah anda.

Berikut merupakan himpunan teks pengacara majlis Hari Guru yang anda boleh dapati secara percuma dan boleh diedit:

Himpunan teks pengacara majlis Hari Guru yang kami sediakan adalah antara teks yang terbaik, ringkas dan mudah. Kandungan teks pengacara majlis juga kami sediakan mempunyai seni bahasa melayu seperti pantun.

Teks 1:

https://tcerfiles.com/s/kEZkJDPJdgavI155

Teks 2:

https://tcerfiles.com/s/WHiodviG6QLM1544

Teks 3:

https://tcerfiles.com/s/uDgiQ7skEDGas253

Teks 4:

https://tcerfiles.com/s/RhEAHMLurLeZT851

Anda boleh dapatinya secara percuma dan mudah untuk dimuat turun tanpa halangan. Anda juga boleh mengedit teks ucapan pengacara majlis sesuai dengan keadaan majlis hari guru sekolah anda.

Tip-tip untuk tampil mengacara majlis dengan penuh yakin dan spontan bagi pengacara majlis:

Beberapa persediaan (sebagai Pengacara Majlis) perlu dilakukan sebelum menjayakan majlis iaitu:

  1. Maklumat program – perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai program tersebut iaitu objektif serta kategori peserta yang akan hadir.
  2.  Penyediaan teks – pemilihan perkataan atau ayat yang sesuai dengan konsep majlis serta kategori peserta (audience).
  3. Latihan (Rehearsal) – untuk mendapatkan dan merasai suasana majlis dengan lebih baik, adalah digalakkan untuk melaksanakan latihan sebelum majlis sebenar (bagi majlis rasmi/formal).
  4. Uji lari bantuan audio visual – memastikan kekuatan suara dan kesesuaian sekiranya menggunakan alat bantu audio visual.
  5.  Tenaga – perlu memastikan tenaga mencukupi sehingga ke akhir majlis atau program.
  6. Pengkayaan prosa kata (Vocabulary Enrichment) – memastikan ucapan serta kata-kata yang dilontarkan seperti pada Perkara (2) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Perkara yang perlu dielakkan:

  1. Perasaan takut dan malu.
  2. Penggunaan perkataan yang tidak bersesuaian.
  3. Kerap mengulang ayat yang sama.
  4. Bertutur dengan laju.
  5.  Terlalu terikat dengan skrip.
  6.  Membuka pekung sendiri (contoh: memaklumkan bahawa anda adalah Pengacara Majlis ganti atau ini adalah pertama kali anda bertugas sebagai Pengacara Majlis).

Seorang Pengacara Majlis perlu mempunyai identiti/trademark yang tersendiri. Ini penting dan dapat membantu terutamanya jika berlaku perkara-perkara diluar jangka ketika majlis sedang berlangsung. Selian itu, anda juga perlu bijak menggunakan tagline yang bersesuaian, pandai menarik perhatian peserta sehingga ke akhir acara serta berjaya meninggalkan mesej dan kekal di ingatan hadirin. Kredit : UPM

Sambutan Hari Guru Di Sekolah, Raikan Dan Menghargai Guru

Selamat hari guru diucapkan kepada guru-guru yang telah banyak menabur jasa kepada anak bangsa. Jasamu tetap kami kenang, pengorbananmu tiada tandingannya. “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”