DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN PING PONG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

MODUL LATIHAN PING PONG

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN PING PONG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU. Dalam membantu proses pengajaran guru di sekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan dan menetapkan modul latihan sukan ping pong sekolah rendah. Ini akan dapat membantu proses pengajaran guru yang akan lebih teratur dan sistematik.

Guru boleh mengikuti pengajaran yang ditetapkan di dalam modul latihan sukan ping pong.Melalui penetapan modul latihan oleh KPM adalah penetapan yang sesuai dan memadai bagi peringkat sekolah rendah sahaja. Dibawah ada disediakan file modul latihan sukan ping pong sekolah rendah bagi guru yang memerlukan.

Pengenalan Sukan Ping Pong

Asal usul sukan ping pong bermula sekitar tahun 1990-an sebagai satu permainan dalam rumah dan menjadi popular di seluruh negara. Sambutan hangat terhadapnya bagaimanapun  tidak bertahan lama.la menjadi popular dalam tahun 1920-an,dan kelab-kelab telah mula ditubuhkan di seluruh dunia.

Nama Ping Pong kemudiannya menjadi tanda niaga yang didaftarkan sebagai hak cipta Parker Brothers.Oleh kerana itu,nama permainan ini ditukar kepada tenis meja. Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa ( International Table Tennis Federation ITTF ) ditubuhkan pada tahun 1926.

Pada penghujung abad ke-19,sukan tenis merupakan sukan yang popular di kalangan kelas elit ketika itu.Pada masa itu,mahasiswa-mahasiswa Britain mendapat ilham daripada sukan tenis.Lalu mereka meletakkan buku-buku di tengah meja sebagai jaring dan menggunakan raket kosong yang disaluti velum dan bola yang diperbuat daripada getah dan kayu lembut sebagai peralatan.

Istilah ping pong diambil bersempena dengan bunyi “ping”  yang dihasilkan apabila bertembung dengan raket , dan ‘ pong ‘ apabila bola melantun di atas meja.Di negara kita, persatuan ping pong ditubuhkan pada tahun 1952 dan persatuan ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1958 sebagai Persatuan Ping Pong Malaya.

Pada tahun 1964 , Persatuan Ping Pong Malaysia ( TTAM ) pula ditubuhkan . Perkembangan ping pong di negara kita bertambah pesat.Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.Pada masa sekarang , ping pong merupakan sukan kegemaran pelbagai kaum di negara kita.Kini,sukan ping pong merupakan sukan ke-2 popular di dunia dan dimainkan oleh semua lapisan masyarakat dunia.

10 peraturan cara dalam sukan Ping pong

1. Hendak dipukul Bola yang semasa servis mesti berehat atas tapak tangan bebas dan jelas kelihatannya.
2.  Hendaklah dilambung Bola servis secara tegak ke atas  dan hanya akan dipukul semasa ia menurun sahaja.

3. Bola dari hasil servis yang menyentuh bahagian atas jaring dan lepas ke sebelah pihak lawan disebut ‘let’ dan servis itu perlu dibuat semula kerana tidak sah dalam permainan.4. Bola mestilah melantun sekali sebelum dipukul oleh pemain semasa permainan. Jika bola melantun dua kali berturutan sebelum dipukul ini disebut ‘double’ dan mata akan diberi kepada pihak lawan.

5. Adalah menjadi satu kesalahan jika seorang pemain itu menyentuh permukaan meja dengan tangan bebasnya.

6. Dipukul Bola ke sebelah pihak lawan masuk melalui sisi tiang jaring dan juga bawah aras jaring,ia adalah pukulan yang sah dalam permainan.

7. Apabila bola yang dipukul menyentuh bahagian atau permukaan tepi meja adalah dianggap bola keluar.8. Tidak akan menjadi satu kesalahan jika bola menyentuh jari-jari tangan yang memegang raket semasa pukulan dibuat.

9. Sesuatu set permainan itu tamat apabila satu pihak itu memperoleh 21 mata atau selepas kedudukan 20-20 memperoleh kelebihan 2 mata.

10. Dalam permainan beregu pula, turutan membuat pukulan hendaklah melalui giliran yang tertentu di mana seorang pukul bola sekali secara berganti – ganti.

DOWNLOAD MODUL LATIHAN SUKAN PING PONG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Dibawah dilampirkan modul latihan sukan ping pong bagi peringkat sekolah rendah.Guru-guru yang memerlukan bahan mengajar pelbagai jenis subjek dan modul latihan, anda boleh ikuti telegram Rasmi Sistem Guru Online

Download File  Modul Latihan Sukan Ping Pong Sekolah Rendah Bagi Guru:

MODUL LATIHAN SUKAN PING PONG SEKOLAH RENDAH BAGI GURU

Ikuti Penetapan Modul Latihan Yang Disediakan Memudahkan Proses Mengajar Guru

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa untuk masa hadapan. Pengajaran guru dalam mendidikkan rohani dan jasmani mempunyai etika yang tersendiri. Begitu juga dalam sukan, guru memerlukan modul bagi memudahkan dan membantu guru menghidupkan suasana sukan di sekolah.